web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Mayat Wanita Tanpa Identiti Ditemui Terapung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 7:09PM

Mangsa adalah seorang wanita dewasa, namun identitinya belum dapat dikenal pasti - Gambar FB Bomba Bukit Jalil WPKL

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mayat seorang wanita tanpa indentiti ditemui terapung di sebuah lombong sekitar Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah di sini, hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Redzuan Mohd Rani, berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung insiden itu kira-kira pada jam 10.51 pagi tadi.

“Susulan penemuan, sebuah bot serta dua kayak bersama 12 anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil serta BBP Hang Tuah ditugaskan ke lokasi.

"Anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) berjaya membawa naik mayat ke tebing dengan menggunakan kayak pada jam 12.16 tengah hari,” katanya hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati mangsa adalah seorang wanita dewasa, namun identitinya belum dapat dikenal pasti kerana tiada dokumen pengenalan diri ditemui.

“Mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada jam 12.51 tengah hari,” katanya. – Getaran, 29 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

3

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

4

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

5

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

6

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja