Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Mawar Karim Berjaya Ketepi Penghakiman Ingkar Terhadapnya

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 6:08PM

Nabil Mat Jahya menyaman Mawar menuntut wang berjumlah RM720,000 yang diberikan kepada wanita itu, selaras dengan Perjanjian Pinjaman Persahabatan yang dipersetujui dan ditandatangani oleh mereka - Gambar Instagram Mawar Karim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BANGI - Usahawan Mawar Abdul Karim hari ini berjaya dalam permohonannya untuk mengetepikan penghakiman ingkar diperoleh ahli perniagaan Nabil Mat Jahya supaya wanita itu membayar balik pinjaman persahabatan berjumlah RM720,000 selepas gagal memasukkan kehadiran dalam saman berkenaan.

Nabil yang menyaman Mawar menuntut wang berjumlah RM720,000 yang diberikan kepada wanita itu, selaras dengan Perjanjian Pinjaman Persahabatan yang dipersetujui dan ditandatangani oleh mereka.

Peguam Datuk Mohd Imran Tamrin yang mewakili Mawar berkata pada prosiding hari ini di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Effandi Nazila Abdullah secara dalam talian, hakim itu membenarkan permohonan defendan (Mawar) untuk mengetepikan penghakiman ingkar itu.

“Lanjutan daripada keputusan itu, Mawar akan memfailkan pernyataan pembelaan dan tuntutan balas terhadap pihak yang dinamakan dalam kes ini dalam masa 14 hari bermula hari ini,” kata Mohd Imran ketika dihubungi.

Perkara itu turut disahkan peguam Nik Zarith Nik Moustpha yang mewakili Nabil.

Pada 11 Jan lepas, Nabil selaku plaintif diberi kebenaran oleh mahkamah untuk mendapatkan penghakiman ingkar terhadap Mawar, selepas beliau gagal memasukkan kehadiran dalam saman yang difailkan plaintif.

Sementara itu, Mawar dalam afidavit sokongan untuk mengetepikan penghakiman ingkar itu berkata beliau tidak pernah sama sekali menerima salinan termeterai penghakiman ingkar itu daripada plaintif atau peguamnya, pada setiap masa yang material sehingga notis pelantikan peguam bertarikh 14 April lepas difailkan oleh peguamnya.

Dalam saman difailkan pada Disember 2021, Nabil mendakwa dalam perjanjian itu defendan antaranya perlu membayar semula RM100,000 sebelum atau pada setiap 1 haribulan selama enam bulan berturut-turut bermula 1 Jun 2021, manakala bagi bulan terakhir iaitu bulan ketujuh, Mawar hendaklah membayar RM120,000 sebagai bayaran terakhir terhadap pinjaman wang tersebut.

“Bagaimanapun, sehingga ke tarikh pemfailan writ dan pernyataan tuntutan ini, defendan gagal untuk membayar balik keseluruhan pinjaman itu seperti yang termaktub di dalam perjanjian tersebut, walaupun beberapa kali dituntut dan diminta oleh saya atau wakil saya,” kata Nabil dalam pernyataan tuntutannya. - Bernama

Sorotan

1

Papagomo Tak Mengaku Salah Hasut, Datangkan Kebencian Terhadap Agong 

2

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

3

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

4

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

5

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

6

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

7

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

Semasa 1 hari yang lalu

Kenaikan Gaji, Elaun Tetap Penjawat Awam Lebih 13 Peratus Mulai 1 Disember Ini - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 20 jam yang lalu

SPRM Tahan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Pembekalan Air, Pemilik Syarikat

Semasa 1 hari yang lalu

Pelabur Arab Saudi Dipelawa Terokai Projek Bernilai Tinggi Malaysia - PM

oleh Wartawan Getaran