web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


JPN Tidak Pernah Lantik Ejen Untuk Pendaftaran MyKad

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 6:02PM

JPN memohon kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditawarkan dengan perkhidmatan menjalankan kerja pendaftaran MyKad - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menegaskan pihaknya tidak pernah melantik mana-mana individu atau ejen untuk mewakili jabatan itu dalam menjalankan kerja pendaftaran dokumen pengenalan diri (MyKad).

Ketua Pengarahnya Datuk Ruslin Jusoh berkata berdasarkan aduan diterima, ejen atau individu mengaku boleh mendapatkan MyKad itu mengenakan caj yang mahal iaitu antara RM2,000 hingga RM5,000.

"JPN memohon kerjasama orang ramai untuk segera melaporkan kepada pihak berkuasa sekiranya mereka ditawarkan dengan perkhidmatan sedemikian kerana kami tidak pernah langsung melantik mana-mana individu atau ejen untuk membuat kerja-kerja bagi pihak JPN terutama untuk proses mendapatkan kad pengenalan.

"Walaupun aduan yang diterima itu tidaklah banyak atau dalam kategori serius, namun saya memandang serius kerana memang ada yang menjadi mangsa kepada individu atau ejen tersebut sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Penyerahan Mykad kepada seorang wanita warga emas, R. Alliamah, 64,  yang baru memperoleh Mykad selepas mengalami masalah daftar lewat kad pengenalan, yang diadakan di pejabat JPN Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ruslin berkata beliau meminta orang ramai yang mahu membuat pendaftaran dokumen pengenalan diri atau sebarang dokumen berkaitan dengan JPN untuk terus datang ke pejabat JPN yang terdapat di 225 lokasi termasuk Pusat Transformasi Bandar (UTC) di seluruh negara.

"Paling ramai jadi mangsa adalah dalam kalangan mereka yang mempunyai anak tidak sah taraf kerana mereka takut untuk berurusan dengan JPN sendiri kononnya akan didakwa di mahkamah atau saman kerana anak luar nikah.

“Sebenarnya tidak ada seperti itu (didakwa di mahkamah).. kami di JPN akan sedaya upaya membantu mendapatkan dokumen untuk anak mereka malah jika lambat pendaftaran kelahiran pun hanya dikenakan denda RM50 sahaja," katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak mahu ada anak-anak warga Malaysia yang tercicir sehingga tidak mendapat dokumen pengenalan diri dan Mykad, jadi sebab itu JPN secara berterusan akan terus memberikan perkhidmatan supaya mereka mendapat dokumen yang sah sebagai warga negara. 

"Selain itu, kami juga ada pasukan khas menerusi program Menyemai Kasih Rakyat (MEKAR) yang mereka ini akan pergi sendiri berjumpa dengan mereka yang mahu memohon MyKad membabitkan golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU), pesakit terlantar, pesakit mental dan pesakit kronik yang sukar hadir ke JPN," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar