web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Banjir Baling: 58 Orang Dipindahkan Ke PPS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2022 11:20AM

Seramai 58 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Mukim Kupang di sini, semalam. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BALING - Seramai 58 orang dipindahkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) akibat banjir di Mukim Kupang di sini, semalam.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling Lt Pertahanan Awam Dzulhaidy Mohd Khalil berkata mereka terdiri daripada 19 keluarga dari Kampung Padang Empang.

"Kesemuanya ditempatkan di PPS Dewan Terbuka Kampung Padang Empang yang dibuka pada 9 malam tadi," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dzulhaidy berkata hujan lebat kira-kira tiga jam bermula pada 2 petang semalam telah menyebabkan air Sungai Kupang melimpah dan memasuki kawasan penempatan penduduk khususnya yang terletak berhampiran sungai.

"Hujan turun berterusan dan air sungai semakin meningkat, bahkan laluan jambatan Bailey di Kampung Iboi juga telah ditutup kepada semua kenderaan malam tadi kerana air telah naik melepasinya," katanya.

Menurut Dzulhaidy cuaca di kawasan berkenaan pada pagi ini adalah cerah namun pemantauan di kawasan terjejas terus dilakukan dari semasa ke semasa.

Beberapa kampung di Kupang, di sini dilanda banjir kilat manakala arus deras dilaporkan berlaku di Sungai Kupang kira-kira 5 petang semalam dan malam tadi yang menyebabkan limpahan air ke kawasan penempatan penduduk.

Pada 4 Julai lepas, beberapa kampung di Kupang dilanda banjir dan kejadian kepala air yang turut meragut tiga nyawa termasuk seorang wanita hamil empat bulan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad