Berita Terkini

21 jam yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 6 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail

IKUTI KAMI


Pembelian Petrol, Diesel Kegunaan Sendiri Perlu Permit Khas - Alexander

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 2:40PM

Pembelian petrol dan diesel oleh syarikat berskala kecil, organisasi atau individu untuk kegunaan sendiri selepas ini perlu mendapat permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pembelian petrol dan diesel oleh syarikat berskala kecil, organisasi atau individu untuk kegunaan sendiri selepas ini perlu mendapat permit khas mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, ia bagi mengelakkan barang kawalan dan bersubsidi seperti petrol serta diesel diseleweng oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Bagaimanapun menurut beliau, tiada bayaran akan dikenakan bagi permohonan permit khas berkenaan.

“Pihak yang diberi kebenaran untuk membeli minyak petrol dan diesel melalui Permit Khas boleh menggunakan tong dram, plastik atau apa-apa bekas bersesuaian mengikut kuantiti harian yang diluluskan,” katanya hari ini.

Alexander Nanta Linggi - Gambar Fail
Alexander Nanta Linggi - Gambar Fail

Jelas Alexander, permit khas itu adalah bagi pembelian dengan kuantiti melebihi 20 liter ke atas sahaja.

Katanya,  pihak yang membeli kurang daripada jumlah berkenaan, termasuk kes-kes kecemasan adalah dibenarkan dan tidak memerlukan permit tersebut.

“Antara pihak yang menerima permit khas itu adalah pengguna 'forklift', sektor pertanian dan penternakan, pengusaha industri makanan, penduduk di kawasan pedalaman, pengguna pengangkutan air untuk enjin bot serta nelayan separuh masa iaitu bukan pemegang kad e-nelayan.

“Setiap stesen minyak mesti mempunyai lesen mengikut Akta Kawalan Bekalan (AKB) 1961 bagi membolehkan ia berurusniaga dengan minyak petrol dan diesel,” katanya.

Mengulas lanjut Alexander berkata, mana-mana stesen minyak dengan lesen itu tidak dibenarkan menjual bahan api diesel dan semua gred petrol, kecuali jika menggunakan tangki asal kenderaan berkenaan atau yang diluluskan oleh agensi berkaitan.

“Ia juga hanya boleh dijual kepada pihak yang mendapat kebenaran KPDNHEP mengikut peruntukan undang-undang AKB 1961,” ujarnya.

Tambah beliau, pihak yang mahu memohon permit khas boleh berbuat demikian melalui sistem Mysubsidi Permit Khas secara dalam talian di portal http://permitkhas.kpdnhep.gov.my atau hadir sendiri ke pejabat KPDNHEP berhampiran.

Semalam media melaporkan, ada notis awam dikeluarkan KPDNHEP yang melarang orang ramai membeli bahan bakar berkenaan menggunakan tong dram, sekali gus menimbulkan rasa tidak puas hati pengguna, khususnya di Sabah dan Sarawak.

Menurut laporan itu,  orang ramai tidak berpuas hati dengan keputusan KPDNHEP meregulasikan pembelian bahan bakar bersubsidi berkuatkuasa 17 Jun lalu, kerana dikatakan tidak adil kepada nelayan dan pemotong rumput. – Getaran, 28 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi Diesel Dihapuskan Mulai Januari Tidak Benar - KPDN

3

Semasa 8 bulan yang lalu

24,000 Liter DIesel Dirampas Di Sibu

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Diesel Dipercayai Diseleweng Dirampas, Babit Nilai Lebih RM28,000

Sorotan

1

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan

2

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

3

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

4

Helikopter TLDM Terbabit Dalam 3 Raptai Sebelum Insiden - Mohamed Khaled

5

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

6

2 Helikopter Bertembung, 10 Anggota, Pegawai TLDM Maut

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Simbah OKU Dengan Air Panas: Wanita Dipenjara 10 Tahun, Denda RM6,000

Semasa 18 jam yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

Semasa 18 jam yang lalu

Institusi Pendidikan Pondok Perlu Tambah Nilai Kemahiran Vokasional, Teknikal – Mohd Na’im

Politik 1 hari yang lalu

Kerajaan Terengganu Sentiasa Jalin Hubungan Baik Dengan Kerajaan Persekutuan - MB