web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


2 Kanak-Kanak Maut Dalam Kejadian Tanah Runtuh Di Kota Kinabalu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2022 7:37AM

Dua kanak-kanak maut, manakala dua dewasa cedera dalam kejadian tanah runtuh di Kota Kinabalu malam tadi - Gambar Bomba

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Dua kanak-kanak maut, manakala dua dewasa cedera dalam kejadian tanah runtuh menghempap sebuah rumah didiami satu keluarga di Taman Elok, Jalan Bukit Nenas di sini malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Sabah Misran Bisara berkata kanak-kanak perempuan Norain Jaziz, 11, dan kanak-kanak lelaki Isa Sabri, 2, meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di sini selepas tertimbus dalam kejadian itu.

Beliau berkata mangsa dewasa yang tertimbus ialah Siti Nur, 28, mengalami kecederaan patah tangan dan suaminya Sabri Botong, 28, cedera ringan di kaki, kini sedang menerima rawatan di hospital yang sama.

“Bomba menerima panggilan pada pukul 8.26 malam tadi dan setibanya di tempat kejadian mendapati berlaku tanah runtuh menghempap sebuah rumah yang didiami sembilan sekeluarga di kawasan kejadian. Lima ahli keluarga selamat.

“Mangsa berusia dua tahun (Isa) telah dihantar untuk mendapatkan rawatan ke hospital (HQE) sebelum pasukan bomba tiba di lokasi kejadian, dua lagi yang tertimbus berjaya dikeluarkan bomba dan orang awam,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini hari ini.

Misran berkata mangsa kemudian diberikan rawatan awal oleh Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) dan dikejarkan ke hospital dengan menggunakan jentera EMRS serta ambulans.

Beliau berkata seramai 10 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu bersama tiga jentera dan 12 anggota dari BBP Lintas bersama dua jentera terlibat dalam operasi tersebut.

“Setelah memastikan tiada lagi bahaya lain terlibat, operasi ditamatkan pada 10 malam,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Khidmat Orang Asli Daripada Komuniti Setempat Dijangka Mula Esok

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Pasukan SAR Sedang Kumpul Anggota Tambahan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dakwaan Rasuah Sabah Memuncak, Azam Baki Bakal Saman Ahli Perniagaan Atas Tuduhan Fitnah

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pendaki Hilang: Rakaman Kamera Kesan Jaslinda Bergerak Menuju Kem Sukaneka

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam