web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suami Isteri Dera Kanak-Kanak Perempuan Didakwa Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2022 7:14AM

Suami isteri yang ditahan berhubung kes dera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Jumaat lepas, akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, dekat sini, hari ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri yang ditahan berhubung kes dera kanak-kanak perempuan berusia empat tahun, Jumaat lepas, akan didakwa di Mahkamah Bandar Baru Bangi, dekat sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, berkata kertas siasatan berhubung kes itu dirujuk Timbalan Pendakwa Raya Selangor hari ini dan telah mendapat arahan untuk mendakwa kedua-dua individu berusia 28 dan 30 tahun.

Menurutnya, kedua-dua individu itu akan dituduh mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana secara bersama-sama melakukan penganiayaan ke atas seorang kanak-kanak sehingga mendatangkan kecederaan.

Jika disabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum10 tahun atau kedua-duanya sekali.

“Suami wanita itu yang juga warga Singapura juga akan dituduh di bawah Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana telah tinggal lebih masa di Malaysia dan jika sabit kesalahan, boleh dijatuhkan hukuman denda tidak kurang dari RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jumaat lepas, media melaporkan sepasang suami isteri ditahan reman selama tujuh hari selepas disyaki mendera mangsa di sebuah rumah di Beranang, Selangor.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak seorang wanita Indonesia diserahkan kepada pasangan tersebut pada April, dikatakan dipukul menggunakan penyangkut pakaian, kayu penyapu dan dicucuh dengan pemetik api. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Kebajikan Dan Keselamatan Kanak-Kanak Perlukan Perhatian Segera – Pakar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad