web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Potong Gaji Menteri Supaya Mereka Sedar Betapa Sukar Hidup Rakyat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2022 7:20PM

MUDA menempelak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa susulan responnya yang mengatakan pemotongan gaji menteri tidak akan menurunkan harga barang - Gambar Twitter Amir Abd Hadi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menempelak Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa susulan responnya yang mengatakan pemotongan gaji menteri tidak akan menurunkan harga barang.

Setiausaha Agungnya, Amir Abd Hadi mengakui, pemotongan gaji menteri sememangnya tidak mengurangkan inflasi mahupun mengurangkan harga barang, namun tindakan tersebut boleh memberi mereka pengajaran betapa sukar kehidupan dilalui rakyat ketika ini.

“Mereka (menteri) tidak memahami keadaan ini kerana mereka duduk dalam bilik aircond (pendingin hawa), gaji tinggi, puluhan ribu jadi mereka tidak rasa kesusahan (rakyat).

“Sebab itu, kami kata, langkah pertama apa yang boleh dilakukan adalah potong gaji mereka supaya mereka dapat rasa sukarnya orang dekat bawah ini hidup dan ia juga penyebab mereka tidak datang dengan solusi kepada masalah tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai respon Annuar berhubung satu daripada lima tuntutan pada Perhimpunan Turun Harga Barang di Kompleks Sogo dianjurkan pada Sabtu lalu.

Media semalam melaporkan, Annuar yang juga Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi mencabar pihak mencadangkan pemotongan gaji menteri untuk menamakan negara yang berjaya menurunkan kadar inflasi selepas melaksanakan langkah berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, ia bukan jaminan untuk menyelesaikan masalah inflasi dan harga barang dialami negara ketika ini.

“Katakan anda potong RM10,000 dari setiap menteri, gandakan dengan 36 (jumlah menteri dalam kabinet), berapa anda dapat?

“Bolehkah anda beri jaminan kepada saya yang inflasi akan selesai (dengan cara ini)? Harga barang tak (akan) naik? Tolonglah, jangan main politik,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Bicara Kes Pengarah Hydroshoppe Didakwa Tawar Annuar Musa RM500,000 Mula 10 Sept

2

Semasa 2 tahun yang lalu

SPRM, Kerajaan Bantah Permohonan MUDA Rujuk Siasatan Hakim Nazlan Ke Mahkamah Persekutuan

3

Politik 2 tahun yang lalu

Syed Saddiq Lepas Jawatan Presiden MUDA, Mahu Fokus Bersihkan Nama

4

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Pre Wedding Photoshoot’ Ke? Penampilan Syed Saddiq Untuk Majalah Mewah Dipertikai 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar