web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dakwaan Terima Dana UKSB Tak Benar, Saya Sedia Beri Kerjasama - Shahril

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 9:28PM

Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan hari ini menafikan beliau menerima sejumlah wang bernilai RM1.162 juta daripada Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).

Beliau yang juga Pengarah Ekonomi di Pejabat Perdana Menteri memberi jaminan, sedia bekerjasama penuh dengan pihak berkuasa berhubung perkara itu.

“Saya menegaskan bahawa dakwaan ini adalah tidak benar sama sekali. Malah, saya juga tidak mempunyai sebarang pengetahuan berkenaan lejar yang kononnya mengandungi nama 'S Pat' atau kandungan lejar tersebut.

“Saya selanjutnya menyatakan bahawa saya bersedia memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam apa jua keadaan sekalipun berkenaan perkara ini,” katanya hari ini.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini diberitahu bahawa Shahril, bekas Menteri Pengangkutan Tan Sri Chan Kong Choy serta bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Ong Ka Chuan turut diberi sumbangan politik UKSB.

Bekas Pengurus Pentadbiran UKSB David Tan Siong Sun, 47, menyatakan demikian semasa pemeriksaan balas oleh peguam Hamidi Mohd Noh yang mewakili Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, ketika lejar syarikat tersebut dirujuk kepadanya semasa perbicaraan kes rasuah bekas timbalan perdana menteri itu berhubung projek Visa Luar Negara (VLN) hari ini.

Saksi pendakwaan ke-17 itu berkata, pihaknya memberi sumbangan politik masing-masing berjumlah RM1.162 juta kepada Shahril, Kong Choy (RM7.85 juta) dan Ka Chuan (RM922,820).

Beliau berkata, kod nama yang digunakan dalam buku lejar tersebut bagi merujuk ketiga-tiga ahli politik itu adalah 'S Pat' untuk Shahril, Kong Choy ('Prof') dan Ka Chuan ('OKC').

Ahmad Zahid, 69, berdepan 33 pertuduhan menerima suapan berjumlah SG$13.56 juta (RM43.60 juta) daripada UKSB untuk dirinya selaku Menteri Dalam Negeri ketika itu bagi melanjutkan kontrak syarikat berkenaan sebagai pengendali Pusat Sehenti (OSC) di China dan VLN, serta mengekalkan kontrak perjanjian untuk membekalkan sistem bersepadu VLN kepada syarikat sama oleh kementerian terbabit.

Bagi tujuh lagi pertuduhan, Ahmad Zahid didakwa sebagai menteri sama ketika itu, mendapatkan untuk dirinya wang tunai SG$1.15 juta (RM3.70 juta),  RM3 juta, 15,000 Swiss Franc (RM69,286) dan AS$15,000 (RM66,802) tanpa balasan daripada UKSB yang mempunyai kaitan dengan kerja rasmi beliau.

Ahmad Zahid didakwa melakukan semua kesalahan itu di Sri Satria, Presint 16, Putrajaya, dan Country Heights, Kajang, antara Oktober 2014 dan Mac 2018.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa itu akan bersambung esok. - Getaran, 25 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

2

Politik 2 tahun yang lalu

Jangan Politikkan Isu Pembatalan 16 Enakmen Syariah Kelantan - TPM Zahid

3

Semasa 3 tahun yang lalu

PM Anwar Hadir Ke Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Ahmad Zahid Di Sri Satria 

4

Politik 3 tahun yang lalu

Kerajaan Perpaduan Secara Dasar Setuju Sedia Peruntukan Kepada Ahli Parlimen Pembangkang - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad