web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Disambar Petir Ketika Berada Di Kebun

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 8:41AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

DUNGUN - Seorang warga emas ditemui meninggal dunia dengan kesan luka di bahagian kiri kepala dan kesan terbakar pada rambut, dipercayai disambar petir di kebun buah-buahan miliknya di Kampung Kuala Jengai di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata, mangsa Abd Wahab Talib, 63, ditemui di bawah tempat berteduh yang ditutup dengan atap zink, dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh anak perempuannya Nur Eliesya Bathrieysya kira-kira pukul 4 petang tadi.

“Sebelum kejadian mangsa dikatakan telah keluar ke kebun miliknya selepas solat Zohor dan kira-kira pukul 4 petang, anak perempuan mangsa berasa tidak sedap hati sebelum pergi mencari mangsa di kebun.

“Nur Eliesya yang melihat bapanya tidak sedarkan diri cuba mengejutkan bapanya, namun tidak mendapat sebarang tindak balas dan dipercayai telah meninggal dunia,” katanya ketika dihubungi pemberita di sini semalam.

Baharudin berkata hasil siasatan di lokasi kejadian tidak menemui sebarang kesan kebakaran dan tiada unsur jenayah.

Tambah beliau lagi mayat mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Aksi Ganas Di Kantin, Pelajar Digantung Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar