web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 17 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Polis Panggil Aktivis Kerana Didakwa Hina Pemangku Raja Pahang Menerusi Twitter

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 4:33PM

Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengerusi Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS) Pahang dipanggil polis bagi membantu siasatan kerana didakwa menghina Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menerusi ciapan di Twitter yang sudah dipadam.

Individu terbabit, Noor Jehan Abu Bakar hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan kira-kira jam 3 petang tadi untuk disoal siasat berhubung hantaran di laman sosial itu yang didakwa dimuat naik 18 Julai lalu.

Menerusi hantaran itu, beliau mendakwa Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan beberapa pegawai berpangkat tinggi hadir lewat dua jam ke Program Pemulihan Ekosistem Zon Penampan, iaitu acara penanaman pokok di Pantai Chenor, Kemaman, Terengganu yang diadakan pada hari sama.

Hantaran beliau itu kemudian menerima reaksi balas dengan beberapa orang menuduhnya cuba mencemarkan nama baik Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dan penganjur acara, iaitu Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Bandaraya Kuantan (MBK).

Malah, terdapat mesej tular di WhatsApp yang mendakwa beliau cuba ‘menipu’ mengenai jumlah sebenar pokok ditanam orang kenamaan (VIP) kerana acara dianjurkan MNS pada hari sebelumnya, menyaksikan lebih banyak pokok ditanam.

Bercakap kepada The Vibes, Noor Jehan berkata dia tidak berniat memfitnah sesiapa, sebaliknya meluahkan kekecewaan kerana terpaksa menunggu selama dua jam untuk program itu bermula.

“Tujuan ciapan saya (Twitter) adalah untuk menunjukkan betapa saya rasa ‘terhina’ kerana bangun awal pagi untuk ke acara itu tepat pada masa, tetapi hanya untuk duduk menunggu VIP tiba beberapa jam selepas mereka sepatutnya hadir.

“Kita tidak seharusnya bertolak ansur dengan kelewatan, tidak kira siapa melakukannya. Masa kita sama-sama berharga seperti masa VIP,” katanya.

Tambahnya, beliau keliru mengapa dirinya disiasat hanya kerana berkongsi pengalaman dengan pengikut di media sosial berkenaan.

Selain itu, beliau berkata, memandangkan ramai pegawai kerajaan tiba tepat pada masanya untuk acara itu, produktiviti mereka terjejas akibat lanjutan program pada saat akhir.

Sejak Jumaat lalu, beliau mendakwa beberapa kakitangan TNB dan MBK dipanggil polis untuk disoal siasat berhubung ciapannya.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Wan Mohd Zahari Wan Busu dan seorang inspektor dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) yang dipercayai bertanggungjawab dalam kes itu memberitahu The Vibes, mereka hanya dapat memberikan maklumat terkini berhubung perkara terbabit selepas menyoal siasat Noor Jehan.

Sementara itu menerusi kenyataan, Parti Aspirasi Sains Malaysia (SAINS) menyatakan sokongan kepada Noor Jehan yang juga anggota eksekutif pusat parti itu.

“SAINS percaya bahawa (Noor Jehan) tidak melakukan sebarang kesalahan. Parti ini bersolidariti dengannya dan kami menggesa pihak berkuasa untuk segera berhenti menakut-nakutkan orang yang hanya menyatakan pandangan mereka.

“Ia juga mencadangkan agar pihak berkuasa mengarahkan tenaga dan usaha mereka untuk mengiringi VIP yang ‘disabitkan dengan tuduhan yang dikatakan sebagai jenayah kleptokrat terbesar di dunia’,” katanya.

Kejadian itu bukan kali pertama pada tahun ini yang menyaksikan pihak berkuasa Pahang bertindak ‘melampau’ terhadap pemimpin daripada NGO alam sekitar.

Pada Februari, mantan Presiden Khazanah Alam Malaysia, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil, 60, menerima surat peguam daripada kerajaan Pahang untuk membuat permohonanan maaf dan membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta, selepas beliau bercakap mengenai penebangan hutan serta pembalakan di negeri berkenaan.

Notis itu mendakwa, kenyataannya memburukkan reputasi kerajaan negeri dan menyebabkan ia berdepan tuduhan daripada orang ramai sebagai ‘kerajaan tidak bertanggungjawab, menipu serta tidak berintegriti’.

Pada 15 Mac, aktivis itu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Raub atas tiga pertuduhan menduduki tanah negeri secara tidak sah.

Tanah terbabit didakwa dijadikan kawasan peranginan untuk aktiviti perniagaan, melibatkan Tanah Aina Fareena Cafe & Restaurant, Tanah Aina Fahad Glamping Resort dan Tanah Aina Farrah Soraya Exclusive Eco Resort.

Mahkamah baru-baru ini, menolak permohonan pihak pendakwaan untuk perintah gag (perintah larangan) terhadap Shariffa Sabrina untuk menghalangnya daripada membuat sebarang kenyataan mengenai kes pencerobohan tanah negeri berkenaan kepada media, dengan mendakwa hujahan itu gagal memenuhi syarat ditetapkan. – The Vibes, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 15 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar