web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Tahan Suami Isteri, Rampas Dadah RM2 Juta

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 12:27PM

Mior Faridalathrash Wahid (tengah) menunjukkan dadah yang dirampas daripada pasangan suami isteri bernilai RM2 juta, khamis lepas di Ipoh. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Polis menahan pasangan suami isteri dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini kerana disyaki terlibat dengan aktiviti mengedar dadah dan merampas dadah bernilai RM2 juta pada Khamis lepas.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya menahan lelaki tempatan berusia 34  tahun itu di sebuah pusat makanan di Jalan Raja Musa Mahadi manakala wanita warga Vietnam berusia 38 tahun itu ditahan di tepi jalan sekitar Panorama Lapangan Perdana pada kira-kira 4.40 petang.

Beliau berkata hasil pemeriksaan ke atas sebuah kereta yang dipandu suspek lelaki menemukan 10 bungkusan plastik mengandungi bahan disyaki dadah jenis methamphetamine.

"Pemeriksaan susulan telah dilakukan di sebuah kereta di tempat letak kereta sebuah pangsapuri di sekitar Ipoh dan menjumpai 10 bungkusan plastik disyaki dadah jenis sama.

"Polis turut menyita seutas jam tangan berjenama, rantai kaki, sebentuk cincin serta seutas rantai tangan manik. Anggaran jumlah keseluruhan harta yang disita bernilai RM83,315," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak di sini hari ini.

Mior Faridalathrash berkata ujian air kencing ke atas suspek lelaki yang bekerja di kedai cermin dan aluminium di sini, didapati positif dadah jenis methamphetamine manakala suspek wanita yang tidak bekerja itu didapati negatif dadah serta kedua-duanya tidak mempunyai rekod kesalahan lampau.

Beliau berkata jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh dibekalkan kepada kira-kira 200,000 penagih dan dadah tersebut dipercayai untuk pasaran tempatan.

Menurutnya, kedua-dua suspek yang aktif mengedar sejak tiga bulan lepas direman seminggu sejak Jumaat lepas sehingga Khamis ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama erat antara masyarakat dengan agensi penguat kuasa dan polis akan terus memperhebatkan operasi bagi membanteras aktiviti penagihan, penyeludupan dan pengedaran dadah dari semasa ke semasa," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 7 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad