Berita Terkini

10 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


RUU Antigangguan Seksual 2021 Wajar Diteliti Semula, Definisi Gangguan Perlu Diperluas

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 8:04PM

Kerajaan disaran agar meneliti semula Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021). - Gambar hiasan dari pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran agar meneliti semula Rang Undang-Undang (RUU) Antigangguan Seksual 2021 (AGS2021) dengan memperluaskan skop definisi atau maksud gangguan itu sendiri secara keseluruhannya.

Pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Profesor Dr Muzaffar Syah Mallow berkata, wujud keperluan RUU itu untuk diteliti agar ia tidak sekadar memberi tumpuan terhadap gangguan berbentuk seksual sahaja. 

Malah katanya, wajar bagi kerajaan untuk mewujudkan satu akta khusus memandangkan peraturan sedia ada tidak berupaya membendung mahupun menghentikan semua jenis gangguan yang berlaku di negara ini.

"Usaha bagi membendung dan menghentikan gangguan seksual tidak akan berjaya sekiranya kita masih membiarkan banyak lagi gangguan dilakukan dalam masyarakat.

“Kita tidak boleh memisahkan gangguan berbentuk seksual ini dengan semua jenis gangguan yang ada di luar sana kerana kesemuanya memberi kesan negatif terhadap mangsa,” katanya kepada Getaran.

Menurut beliau, dengan adanya akta khusus tersebut, tiada sesiapapun berani melakukan apa sahaja bentuk gangguan kepada individu lain selepas ini. 

Katanya, pada masa sama, mangsa dapat menggunakan saluran undang-undang yang lebih berkesan bagi menuntut sebarang jenis pampasan dan melindungi diri mereka. 

Susulan itu, Muzaffar Syah mengesyorkan agar kerajaan menubuhkan satu  jawatankuasa khas bagi melihat cadangan yang dikemukakannya itu secara lebih terperinci. 

Beliau berkata, rujukan juga boleh dilakukan dengan melihat kepada peruntukan undang-undang negara-negara lain seperti Harassment Act 1997 di New Zealand dan Protection from Harassment Act 1997 di United Kingdom.

Katanya, peruntukan undang-undang tersebut meliputi pelbagai jenis aspek gangguan dan tidak hanya tertumpu kepada gangguan seksual. 

"Terdapat pelbagai jenis salah laku dan gangguan boleh berlaku kepada orang ramai di luar sana yang memiliki kesan sama teruk dengan gangguan seksual. 

"Apa yang paling penting, gangguan itu memberi kesan negatif kepada mangsa yang terpaksa menghadapi masalah gangguan berkenaan sama ada secara fizikal, emosi atau mental.

"Justeru, ia perlu dikenal pasti dan diatasi dengan lebih berkesan melalui satu peruntukan undang-undang khusus supaya tiada pihak melakukan sebarang jenis salah laku ataupun gangguan kepada pihak lain secara berterusan," katanya. 

Terdahulu, hasil usaha penggubalan dan libat urus yang dilakukan sejak 2011, RUU AGS2021 akhirnya diluluskan Dewan Rakyat, 20 Julai lalu. 

AGS 2021, yang mengandungi empat bahagian, empat bab dan 27 fasal, diharap berupaya menangani isu gangguan seksual di Malaysia kerana negara belum memiliki undang-undang khusus berhubung gangguan tersebut.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun ketika sesi pengulungan AGS 2021 berkata, RUU itu adalah manifestasi penting dan membuktikan komitmen kerajaan dalam usaha menghapuskan diskriminasi berasaskan gender. 

Pada masa sama, Muzaffar Syah menyambut baik keputusan Ahli Parlimen yang sebulat suara meluluskan AGS 2021.

Katanya, tindakan itu dilihat sebagai isyarat positif bahawa Malaysia sama sekali tidak akan berkompromi terhadap isu melibatkan gangguan seksual. 

Bagaimanapun, beliau berkata, sekiranya RUU itu hanya menumpukan gangguan seksual, dikhuatiri ia tidak lengkap kerana hanya terbatas untuk membendung serta menghentikan gangguan tersebut secara tunggal.

"RUU tersebut adalah satu akta untuk mengadakan peruntukan bagi hak tebus rugi bagi mana-mana individu yang diganggu secara seksual.

“Kementerian turut akan menubuhkan Tribunal bagi Antigangguan Seksual serta meningkatkan kesedaran tentang gangguan seksual dan mencegah ia daripada berlaku serta mewujudkan peruntukan bagi perkara berkaitan dengannya.

"Namun, AGS 2021 hanya dapat memberi tumpuan terhadap salah laku ataupun gangguan berbentuk seksual. Ia tidak dapat membendung dan menghentikan salah laku dan gangguan lain," katanya. 

Mengulas lanjut, beliau berkata, selain gangguan seksual, antara gangguan yang sering berlaku ketika ini adalah secara dalam talian, berbentuk fizikal dan peribadi, buli, psikologi serta kecaman diskriminasi. 

"Dengan kemunculan pelbagai jenis teknologi komunikasi moden hari ini, gangguan tersebut juga boleh berlaku secara dalam talian. Gangguan ini boleh dilakukan sesekali dan juga boleh berlaku secara kerap. 

"Antara gangguan berbentuk fizikal adalah seperti mencubit, menampar, menendang dan meludah. Bagi gangguan peribadi pula seperti mengeluarkan kata-kata kesat, perkataan menghina, menjatuhkan reputasi, maruah mangsa dan ejekan tubuh (body shaming). 

"Terdapat juga gangguan berbentuk diskriminasi kerana faktor usia, latar belakang, warna kulit, bangsa, agama, tahap intelek atau pendidikan dan kebolehan untuk menguasai sesuatu jenis bahasa,” katanya.

Ujarnya lagi, gangguan berbentuk psikologi pula adalah sebarang jenis perbuatan ataupun kata-kata kesat yang boleh memberi impak mendalam terhadap emosi dan mental mangsa.

“Sebarang jenis aktiviti pembulian termasuk buli siber juga adalah gangguan yang perlu dibendung serta dihentikan segera,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2022.

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 1 minggu yang lalu

UM Perlu Lebih Proaktif Atasi Isu Gangguan Seksual - Pelajar

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Gangguan Seksual Dalam Tren: Saspek Sedang Dikesan - Prasarana

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Di HRPB Babitkan 5 Doktor - Netizen

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hati-Hati, Makin Ramai Manusia 'Sakit' Sekarang!

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 2 jam yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 1 hari yang lalu

Isham Jalil Kemuka Representasi Untuk Mohon Maaf Secara Terbuka Kepada Badan Kehakiman

Semasa 5 jam yang lalu

Tragedi Helikopter: Bedah Siasat 10 Mangsa Selesai 2.20 Petang - TLDM