web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Jenazah 5 Sekeluarga Maut Kemalangan Selamat Dikebumikan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 5:53PM

Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, Perak semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua di sini hari ini. - Gambar tangkap Layar video Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Jenazah lima sekeluarga yang maut dalam kemalangan di KM62, Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli, di Perak semalam selamat dikebumikan di Masjid Jamek Haji Abdul Rashid, Sungai Dua di sini hari ini.

Jenazah lima beranak itu tiba di masjid berkenaan kira-kira pukul 1 tengah hari dan lebih 200 orang terdiri daripada ahli keluarga, sanak saudara serta penduduk kampung berada di situ bagi menghadiri majlis pengebumian itu.

Jenazah Mohd Rodhi Othman, 64, dan isterinya Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, bersama anak mereka Siti Aishah Mohd Rodhi, 32, dan menantu Ahmad Khomaini Baba, 32 serta anak pasangan itu Zara Hana Ahmad Khomaini berumur enam tahun, disembahyangkan selepas solat Zohor.

Seterusnya lima jenazah itu dikebumikan dalam satu liang lahad di tanah perkuburan masjid dengan suasana hiba kira-kira pukul 2.30 petang.

Ibu kepada Mohd Rodhi, Mariam Mat, 82, berkata anak sulungnya daripada lapan beradik itu ada menghubunginya tengah hari Jumaat lepas dan mereka bersembang seperti biasa kerana memang menjadi kebiasaan arwah menelefonnya setiap hari.

Beliau berkata berita kemalangan itu amat menghibakan, bukan sahaja kehilangan anak dan menantu yang baik, malah cucu serta cucu menantu dan cicit, yang amat rapat dengannya turut terkorban dalam kejadian itu.

"Khamis lepas, Rodhi ada datang rumah saya di Bagan Jermal (Butterworth) hantar ubat makcik.. dia kata hantar awal sebab senang, lagipun dia kata Ahad ni (hari ini) takut tak sempat hantar kerana nak hantar cucu arwah yang meninggal dalam kemalangan itu pergi sekolah,” katanya.

Beliau berkata Mohd Rodhi adalah seorang pesara kerajaan yang sebelum ini bekerja sebagai pensyarah di sebuah matrikulasi, manakala isterinya bekerja sebagai guru, dan mereka tinggal di Laguna Merbok, Sungai Petani, Kedah.

Dalam kejadian kira-kira 3.45 petang semalam, lima sekeluarga itu yang menaiki kereta Perodua Alza terlibat dalam kemalangan selepas kenderaan mereka bertembung dengan trak pikap Toyota Hilux. - Bernama

TAG: kemalangan maut, lima sekeluarga, satu liang lahad, 

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 bulan yang lalu

4 Maut, 1 Cedera Parah Nahas Di Gua Musang

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Maut Nahas 4 Kenderaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Elak Lubang, Pekerja Kilang Dan Anak Tiri Maut Motosikal Bertembung Kereta

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Ibu, Anak Maut Dalam Perjalanan Ke Sekolah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad