web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mengamuk Tak Dapat Jumpa Anak, Penganggur Tumbuk Bekas Isteri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 2:45PM

Suspek ditahan di lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tidak berpuas hati kerana gagal berjumpa anak, seorang lelaki bertindak ganas apabila menumbuk bekas isterinya hingga menyebabkan wanita itu cedera di rahang, kepala dan tengkuk dalam kejadian di Taman Melor, Ampang, semalam.

Suspek berusia 57 tahun itu bagaimanapun ditahan di lokasi kejadian selepas pihak polis menerima laporan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian terbabit, mangsa, iaitu wanita berusia 47 tahun mendapati pagar rumahnya tercabut ketika pulang.

Menurutnya, ketika masuk ke rumah, mangsa yang juga peniaga mendapati barangan berselerak sebelum dia ke Balai Polis Pandan untuk melaporkan kejadian.

“Mangsa kemudian diberitahu oleh anak bahawa bekas suaminya berada di rumah dan apabila pulang berlaku pergaduhan antara mereka, sebelum wanita tersebut ditumbuk suspek.

“Mangsa mengalami kecederaan di rahang kanan, kepala dan tengkuk, namun sudah mendapatkan rawatan di Hospital Ampang,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Mohamad Farouk berkata, sekitar jam 6.38 petang, Unit Rondaan (MPV) membuat tangkapan terhadap suspek yang juga seorang penganggur di lokasi kejadian.

“Ketika tangkapan, anggota MPV menjumpai tiga peket plastik lutsinar disyaki dadah jenis ganja dipercayai milik suspek.

“Hasil ujian air kencing terhadap suspek juga mendapati dia positif dadah jenis THC (ganja) dan mempunyai sembilan rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati punca kejadian adalah disebabkan suspek tidak berpuas hati kerana tidak dapat berjumpa dengan anaknya.

“Suspek kini direman empat hari sehingga Rabu depan untuk membantu siasatan lanjut mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

“Selain itu, suspek disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Dadah Berbahaya kerana memiliki ganja dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana memasukkan dadah ke dalam badan,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 10 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

3

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

4

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 minit yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad