web statsweb stats

Berita Terkini

4 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendera Kanak-Kanak Perlu Hukuman Keras, Tak Layak Jadi Manusia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2022 7:07AM

Sepasang suami isteri telah ditahan bagi membantu siasatan kes dera seorang kanak-kanak yang berusia 4 tahun di sebuah taman perumahan di Beranang. - Gambar tangkap layar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu undang-undang membabitkan hukuman yang 'sangat keras' patut digubal untuk dikenakan kepada pendera kanak-kanak. 

Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, individu yang menyeksa kanak-kanak bukan sahaja tidak layak untuk hidup di alam manusia bahkan tidak layak untuk hidup sebagai binatang. 

“Orang seperti itu hendaklah dinyahkan dari bersosial kerana tidak layak untuk hidup dalam mana-mana masyarakat pun,” tegasnya hari ini. 

Dr Mohd. Asri Zainul Abidin - Gambar fail Bernama
Dr Mohd. Asri Zainul Abidin - Gambar fail Bernama

Media semalam melaporkan, seorang kanak-kanak dicucuh dengan pemetik api dan dipukul menggunakan batang penyapu serta penyangkut baju, dipercayai oleh ibu bapa angkatnya.

Insiden di Taman Perumahan Beranang di Kajang itu dikatakan bermula daripada tabiat mangsa yang tidak suka makan nasi, menyebabkan dia sering dipaksa hingga muntah.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Zaid Hassan berkata, mangsa, kanak-kanak perempuan berusia empat tahun berjaya diselamatkan sebaik polis menerima laporan dibuat orang awam, tengah malam semalam.

Terdahulu, tular di media sosial beberapa rakaman memaparkan seorang kanak-kanak didera seorang wanita, yang mengundang kecaman warganet.

Wan Azliana Wan Adnan - Gambar fail
Wan Azliana Wan Adnan - Gambar fail

Dalam pada itu, Pengerusi Pertubuhan Aspirasi Wanita Malaysia (ASWA), Wan Azliana Wan Adnan ketika dihubungi Getaran berkata, beliau terkejut dan terkilan dengan kejadian terbabit serta berharap bahawa siasatan segera serta menyeluruh dilakukan terhadap kes terbabit. 

Menurutnya, wanita berkenaan boleh didakwa di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, iaitu menganiayai kanak-kanak sehingga menyebabkan kecederaan fizikal atau emosi dan membiarkan penganiayaan itu terus berlaku. 

Kesalahan tersebut tambah Wan Azliana, boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) (a) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum sehingga RM 50,000 dan penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

Tangkap layar menunjukkan lebam yang dialami seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang dipercayai menjadi mangsa penderaan. - Gambar fail
Tangkap layar menunjukkan lebam yang dialami seorang kanak-kanak berusia 4 tahun yang dipercayai menjadi mangsa penderaan. - Gambar fail

Beliau berpendapat, mangsa wajar diberi perlindungan segera dan ditempatkan di bawah jagaan pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). untuk mengelakkan perkara seumpama itu daripada berulang sepanjang tempoh penyiasatan.

“Anak adalah anugerah dan amanah Allah yang dipertanggungjawabkan ke atas setiap ibu bapa untuk dijaga, dididik dan dilindungi. Keluarga adalah tempat berlindung anak-anak dari sebarang kejadian atau keganasan yang tidak wajar.

“Saya difahamkan bahawa kanak-kanak perempuan itu ialah anak angkat. Saya percaya pihak JKM memainkan peranan yang penting dalam membendung kejadian seperti ini,” katanya. 

Jelasnya, prosedur pengambilan anak angkat wajar diperkemas dan pemantauan kerap terhadap anak-anak angkat perlu diambil agar kes seumpama itu tidak lagi berulang pada masa depan. 

“Penting di Malaysia, ada sistem rumah penjagaan sementara, seperti di luar negara (yang) dah ada sistem ini. 

“Mereka terdiri daripada komuniti atau keluarga yang telah melalui proses saringan dan diberi kelayakan untuk menjaga sementara kanak-kanak yang menghadapi masalah ‘short term foster care’. Kanak kanak ini akan berada di dalam keluarga yang akan menjaga mereka untuk jangka pendek,” katanya. - Getaran, 24  Julai 2022

Sorotan

1

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Hubungan Iran-AS Tunjuk Isyarat Positif, Selat Hormuz Perlu Dibuka Semula - PM 

3

Penjenamaan Semula PAS Tugas Berat, Persepsi Awam Sukar Diubah - Penganalisis

4

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

5

Kerugian Jenayah Siber Cecah RM3 Bilion, Penipuan Dalam Talian Meningkat 87 Peratus

6

Tragedi Zaid Ibrahim; Ahli Politik Yang Berhutang Penjelasan

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Penyertaan Dalam Pas Untuk Perjuangkan Reformasi - Zaid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bunuh, Bakar Teman Wanita Hamil: Pendakwa Mohon Kekal Hukuman Mati Tertuduh 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Bedah Siasat Bongkar Punca Sebenar, Wanita Didakwa Bunuh Anak Tiri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Lori Nahas Maut Karak Miliki 15 Rekod Saman

oleh Amirah Abu Bakar