web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Polis Perak Kesan Beberapa Anggota Terlibat Penyalahgunaan Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2022 6:42AM

Mior Faridalathrash Wahid (dua dari kanan) bersama Duta Anti Scam, Awie ketika melancarkan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Peringkat Kontinjen Perak 2022 di Ipoh, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Beberapa anggota polis di Perak dikesan terbabit dengan penyalahgunaan dadah walaupun ada antara mereka pernah ditahan sebelum ini atas kesalahan tersebut, kata Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid.

Katanya, perbuatan tersebut dikesan apabila beberapa anggota didapati gagal dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut, semalam.

"Kita akan mengambil tindakan tegas  kerana ada antara mereka yang pernah  gagal (positif dadah) dan pernah dituduh di mahkamah tetapi mahkamah telah membebaskan mereka," katanya tanpa mendedahkan jumlah sebenar anggota tersebut.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Anti-Scam Polis Diraja Malaysia (PDRM) 2022 Peringkat Kontinjen Perak yang turut dihadiri legenda rock negara, Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman di sebuah pasar raya, di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Mior Faridalathrash berkata mereka yang ditahan disiasat di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 dan berdepan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Difahamkan, beberapa anggota gagal  dalam ujian awal saringan air kencing yang dilakukan secara mengejut semasa Latihan Dalam Perkhidmatan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)  Ipoh.

Terdahulu, Mior Faridalathrash, dalam ucapannya, berkata berdasarkan statistik, kes jenayah penipuan dalam talian mencatatkan jumlah kes lebih tinggi berbanding jenayah komersial yang lain.

Beliau berkata secara keseluruhan sejumlah 1,094 kes jenayah komersial direkodkan sepanjang enam bulan pertama tahun ini manakala sebanyak 2,021 kes direkodkan pada tahun lepas dan sejumlah 1,919 kes dicatatkan pada tahun 2020.

Menurut beliau dalam usaha untuk mengekang peningkatan jumlah kes tersebut, Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) telah mengambil pelbagai tindakan penguatkuasan, pembanterasan dan pencegahan. 

Beliau berkata pelbagai aktiviti dan program diadakan pada kempen Anti-Scam PDRM 2022 dengan  JSJK mempromosikan penggunaan CCID Scam Response Center, CCID Infoline dan portal https://semakmule.rmp.gov.my. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar