web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 bulan yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 7 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 8 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kasih Tulus Bapa Saudara Terserlah, Rakyat Terharu, Menitis Air Mata

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 10:25PM

Abdul Aziz mengangkat Nik Mohd yang rebah semasa berkawad pada Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Kajang, Selangor, hari ini. - Gambar dari Facebook Dr Asyraf Wajdi Dusuki

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Walau bukan bergelar bapa kandung, ketulusan kasih Abdul Aziz Ya’acob terhadap anak saudaranya terserlah dalam siri foto yang tular pada Hari Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) di Kajang, Selangor, hari ini.

Keikhlasan Abdul Aziz menyayangi Nik Mohd Adhar jelas terbukti dan menambat ribuan hati tetamu serta netizen.

Tidak menghiraukan terik matahari, warga emas itu cekal memaut tubuh anak saudaranya selepas pemuda tersebut rebah ketika sedang berdiri dalam barisan kawad.

Perilaku spontan Abdul Aziz berlari ke arah Nik Mohd Adhar sehingga selipar dipakainya terlucut turut disaksikan oleh Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Menurut beliau, di sebalik foto tular tersebut banyak mesej tersirat apabila si ‘ayah’ berlari menerpa anaknya dari khemah tetamu, sehingga terlucut selipar disarung.

“Yang hadir di padang kawad sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang, pagi tadi menjadi saksi, betapa kasih agung seorang ayah kepada anaknya. Yang bermain di fikiran ketika terlihat perkara itu, sama ada ayah ingin mengusung anaknya keluar barisan. Ternyata sangkaan sedemikian meleset.

“Meskipun badan ayahnya dimamah usia, anaknya dipapah, bingkas dibantu berdiri sambil badan menjengah lebih separuh abad itu menjadi benteng daripada anaknya kembali rebah. Melihatkan pengorbanan tidak terperi seorang ayah, berjurai air mata hadirin membasahi pipi masing-masing. Saya tidak terkecuali,” katanya di Facebook hari ini.

 

Rupanya gambar yang viral hari ini merupakan anak angkat saya sendiri yang kini bertugas sebagai Penguatkuasa KPDNHEP di...

Posted by DR ASYRAF WAJDI DUSUKI on Thursday, July 21, 2022

Beliau juga sempat menasihatkan kepada orang ramai yang masih mempunyai insan ayah untuk menghargai dan menyantuni mereka selagi hayat dikandung badan.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki ketika berkongsi kisah Nik Mohf Adhar berkata, pemuda tersebut adalah anak yatim piatu selepas kehilangan kedua ibu bapanya sejak di bangku sekolah.

Nik Mohd Adhar kata Asyraf Wajdi, dijadikan anak angkat beliau sejak pemuda itu menuntut di Sekolah Geting Tumpat.

“Dalam gambar yang meluru kepada beliau dan memapahnya untuk bangkit kembali seraya beliau jatuh pitam seketika ketika berkawad pagi tadi ialah bapa saudaranya yang bernama Abdul Aziz Ya’acob yang memeliharanya sejak kematian kedua ibubapa Nik Adhar.

“Baru hubungi beliau bertanya khabar. Rupanya beliau demam ketika berkawat sempena Hari Penguatkuasa KPDNHEP di Maktab Penjara Kajang pagi tadi. Moga Allah beri kesembuhan yang sempurna kepadanya,” katanya.

Di ruangan komen Asyraf Wajdi, Nik Adhar tidak ketinggalan mengucapkan terima kasih kepada Ketua Pergerakan Pemuda UMNO itu kerana mendoakan kesihatan dan bertanya khabar dirinya selepas kejadian. - Getaran, 21 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 3 minggu yang lalu

Buli: 4 Pelajar MRSM Dibuang Maktab, 2 Digantung Sekolah - Asyraf Wajdi

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Tubuh Jawatankuasa Teknikal Penstabilan Bekalan Dan Harga Barangan Keperluan Harian

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Buli MRSM: MARA Mungkin Lantik Pesara Polis, Tentera Sebagai Warden

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Harga Minyak Masak Botol Kekal Hingga 7 Januari

Sorotan

1

187 Jenis Ubat Berisiko Tinggi, Jumlah Stok Kurang 60 Hari - MOH

2

11 Lelaki Didakwa Jadi Ahli ‘Geng Vinod’, Berdepan Penjara Hingga 20 Tahun

3

Pelajar, Bapa Dipukul Di Luar Sekolah, Beberapa Individu Ditahan

4

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

5

Laporan Akhir RCI TH Akan Didedah, Orang Ramai Berhak Tahu - PM

6

3 Wanita Didakwa Lakukan Aksi ‘Superman’ Di Jalan Pintasan Kuantan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut Digilis Lori Dipandu Datuk 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

MCMC, PDRM Diarah Siasat Kandungan Hina Rasulullah SAW

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Kebakaran Pasar Borong Selangor Dipadam Sepenuhnya, Operasi Beralih Kepada Fasa Baik Pulih

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Takde’ Masa Layan Serangan Pembangkang, Sekarang Masa Jelaskan Manifesto - Tok Min

oleh Sophia Ahmad