web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rayuan Kes SRC: Mahkamah Tinggi Tolak Permohonan Peguam Diraja UK Untuk Wakili Najib

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 7:39PM

Najib Razak - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Peguam Diraja dari United Kingdom (UK) Jonathan James Laidlaw untuk mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam rayuan terakhir beliau terhadap sabitan berkaitan kes penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid memutuskan bahawa Laidlaw gagal membuktikan bahawa beliau memiliki kelayakan khas dan pengalaman untuk mengendali rayuan atau pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri itu yang membabitkan Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009, Seksyen 409 Kanun Keseksaan serta Seksyen 4 Akta Pencegahan Pengubahan wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan Dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001.

“Saya berpendapat fakta bahawa Laidlaw telah mengendali beberapa kes membabitkan jenayah perniagaan dan perkhidmatan kewangan, pembelaan jenayah, kawal selia jenayah, inkues dan inkuiri awam, pendakwaan peribadi, undang-undang sukan serta disiplin profesional di UK dan negara lain (kecuali Malaysia) tidak boleh dikatakan bermaksud bahawa tiada peguam tempatan di Malaysia yang tidak memiliki kepakaran serta kejayaan serupa dalam mengendali perbicaraan berkaitan pertuduhan di bawah AMLATFPUAA, Akta SPRM 2009 dan Kanun Keseksaan.

“Saya dapati tiada sebarang keterangan yang mencadangkan bahawa Laidlaw memiliki lebih banyak pengalaman berbanding peguam bela dan peguam cara tempatan di Malaysia.

“Saya berpandangan bahawa peguam bela tempatan mampu mengendalikan kes sedemikian di semua peringkat mahkamah di Malaysia. Hal ini tidak mewajarkan Laidlaw diterima masuk secara ad hoc sebagai peguam utama bagi mengendalikan rayuan di Mahkamah Persekutuan,” katanya.

Beliau juga berkata permohonan itu harus ditolak kerana tiada isu kompleks dan baharu yang memerlukan kemasukan (sementara) Laidlaw bagi mengendalikan rayuan tersebut.

“Pemohon (Laidlaw) gagal memenuhi syarat di bawah Seksyen 18(1) Akta Profesion Undang-Undang 1976) bahawa bagi rayuan SRC dan kes lain yang berkaitan, beliau memiliki kelayakan khas atau pengalaman yang tidak terdapat dalam kalangan peguam bela dan peguam cara di Malaysia.

“Saya bersetuju dengan hujah Jabatan Peguam Negara, Badan Peguam Malaysia dan Jawatankuasa Majlis Peguam Kuala Lumpur bahawa rayuan itu boleh dikendalikan dengan cekap oleh peguam bela dan peguam cara tempatan,” kata hakim itu melalui aplikasi Zoom.

Ahmad Kamal berkata Laidlaw juga tidak membuktikan bahawa peguam bela dan peguam cara tempatan tidak memiliki kemampuan atau kelayakan khas bagi mengendali rayuan itu.

“Memang tidak dinafikan bahawa Laidlaw dianggap sebagai ‘individu dengan kepakaran yang menyerlah dalam jenayah kewangan’ namun bagi saya, perkara itu sahaja tidak mencukupi untuk disifatkan sebagai memiliki kemahiran, kepakaran, kelayakan dan pengetahuan khas mengenai pemakaian Akta SPRM 2009 serta AMLATFPUAA 2001, Kanun Keseksaan serta Perlembagaan Persekutuan kita yang tersendiri yang relevan dengan rayuan di hadapan Mahkamah Persekutuan bulan depan,” katanya.

Pada 31 Mei lepas, Najib memfailkan permohonan agar Peguam Diraja itu dibenar mewakili beliau dalam kes rayuan  SRC atas beberapa alasan antaranya Laidlaw memiliki kelayakan khas, pengalaman dan kepakaran yang tidak terdapat dalam kalangan peguam di Malaysia.

Pada 29 April, Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari dalam bulan Ogos untuk mendengar rayuan Najib terhadap sabitan dan hukuman penjara terhadapnya bagi kesalahan menyeleweng dana syarikat itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Titah Adendum: Najib Fail Rayuan Untuk Tahanan Rumah

2

Kolum 5 bulan yang lalu

Najib Razak: Segalanya Telah Berakhir

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Kes Najib: Hormati Keputusan Hakim, Tangani Isu Dengan Bijaksana - PM

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Penjara Di Rumah Atau Di Kajang, Nasib Najib Ditentukan Januari 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad