web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pendaftaran Parti: Pejuang Dibenar Cabar Tindakan Menteri, RoS

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 2:49PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pejuang Tanahair (Pejuang) hari ini memperoleh kebenaran Mahkamah Tinggi bagi mencabar tindakan Menteri Dalam Negeri dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) yang belum membuat keputusan terhadap rayuan mereka untuk mendaftarkan parti itu, selepas Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak membantah permohonan Pejuang.

Hakim Datuk Ahmad Kamal Md Shahid membuat keputusan tersebut selepas Peguam Kanan Persekutuan Mohd Sabri Othman yang mewakili kedua-dua responden (Menteri Dalam Negeri dan RoS) memaklumkan perkara itu.

“Saya rekodkan tiada bantahan daripada AGC berhubung permohonan kebenaran semakan kehakiman dan tiada perintah kos untuk kes ini,” kata hakim itu.

Terdahulu, ditanya Ahmad Kamal, sama ada menteri berkenaan telah membuat keputusan (berhubung rayuan Pejuang untuk mendaftarkan parti) kerana jika ada keputusan dibuat, permohonan semakan kehakiman akan menjadi akademik, Mohd Sabri menjawab: “Setakat ini belum ada keputusan disampaikan kepada AGC membabitkan rayuan berkenaan.”

Peguam Muhammad Rafique Rashid Ali yang mewakili Pejuang selaku pemohon pula berkata pihaknya telah memfailkan sijil perakuan segera supaya kes tersebut didengar secepat mungkin.

Ahmad Kamal menetapkan 15 April ini untuk pengurusan kes selanjutnya. Mahkamah akan menetapkan tarikh seterusnya untuk mendengar merit bagi permohonan semakan kehakiman.

Hari ini sepatutnya mahkamah mendengar permohonan kebenaran bagi semakan kehakiman itu.

Pada 1 Mac lepas, Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Pejuang Datuk Amiruddin Hamzah memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman dengan menamakan Menteri Dalam Negeri dan RoS sebagai responden pertama dan kedua.

Dalam permohonan itu, Amiruddin antaranya memohon deklarasi bahawa kegagalan responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap surat rayuan parti Pejuang pada 8 Jan lepas berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua telah melanggar kewajipan statutorinya di bawah Seksyen 18 Akta Pertubuhan 1966.

Beliau juga memohon deklarasi bahawa pelanggaran kewajipan statutori responden pertama untuk membuat sebarang keputusan terhadap rayuan parti Pejuang itu berkenaan penolakan pendaftaran oleh responden kedua adalah tidak munasabah, berniat jahat, satu bentuk percubaan tidak wajar untuk menafikan hak berperlembagaan pemohon untuk berpersatuan dan bertanding dalam pilihan raya umum menggunakan logonya sendiri.

Media pada 2 Feb lalu melaporkan, Pejuang yang diasaskan oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri berhubung pendaftaran parti itu setelah permohonan mereka ditolak.

Hamzah pula dilaporkan berkata permohonan pendaftaran Pejuang ditolak pada 6 Jan lepas berdasarkan peruntukan Seksyen 7(3)(e) Akta Pertubuhan 1966  dan parti itu boleh mengemukakan rayuan kepada Menteri Dalam Negeri dalam tempoh 30 hari dari tarikh keputusan. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 8 jam yang lalu

Remaja 15 Tahun Diserang Dan Disamun, Polis Gerak Unit K9 Buru Suspek 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Jurujual Mengaku Salah Tetak Penunggang Motosikal Di Lebuh Raya Persekutuan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 14 jam yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad