web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sunyi Dan Inginkan Teman, Love Scam Menanti Mangsa Wanita

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Apr 2021 2:44PM

Kesunyian antara faktor ramai mangsa menjadi mangsa Love Scam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Rasa sunyi dan inginkan teman adalah lumrah dalam kehidupan setiap manusia, namun perasaan ini ada kalanya mengundang risiko yang boleh menjerumus seseorang itu ke lembah penipuan.

Dua faktor ini antara faktor utama yang kerap membuatkan kaum Hawa menjadi penipuan Love Scam hingga membawa kepada kerugian berjuta-juta ringgit saban tahun.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komsersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, wanita berusia adalah sasaran utama sindiket berkenaan, yang juga dikenali sebagai African Scam ini.

Menurut beliau, hubungan cinta palsu ini antara mangsa dengan individu tidak dikenali ini biasanya bermula daripada perkenalan di media sosial terutamanya Facebook.

“Antara faktor penyumbang kes ini adalah ketiadaan teman dan rasa keseorangan, malah kebanyakan kes yang diterima JSJK membabitkan wanita bujang, ibu tunggal dan golongan andartu,” katanya kepada Getaran.

Zainuddin berkata, sindiket biasanya akan mendapatkan maklumat mangsa menerusi group cari jodoh yang amat mudah ditemui di media sosial terutamanya Facebook, sebelum mendekati mereka menerusi mesej di platform sama.

Katanya lagi, melalui persahabatan yang terjalin, sindiket biasanya menggunakan ‘jalan cerita’ sama iaitu mengaku bekerja di syarikat minyak luar negara, namun tidak dapat pulang dek pandemik COVID-19 atau sebagainya.

“Di situ bermulalah kisah bagaimana mangsa ini ditipu apabila terperdaya dengan cerita sedih disampaikan sindiket, sebelum meminta untuk meminjam wang mangsa, menggunakan pelbagai alasan dan nasib malang menimpa mereka,” katanya.

Zainuddin berkata, modus operandi sindiket didalangi warga Afrika ini biasanya adalah sama, iaitu meminta mangsa memasukkan wang sebagai tambang untuk pulang ke tanah air.

“Atas dasar cinta, mangsa akan mengikut permintaan itu, namun penjenayah kemudian memberitahu bahawa dia terkandas di lapangan terbang atas pelbagai faktor dan mula meminta duit tambahan daripada mangsa.

“Sindiket kemudian akan menceritakan kononnya ditahan polis kerana membawa wang tunai sehingga AS$500,000 (RM2,073,750) dan perlu menjelaskan sejumlah denda kepada polis dan kastam, bagi membolehkan mereka lepas dari tahanan,” katanya.

Terpedaya atas nama cinta, mangsa jelas Zainuddin lagi lazimnya hanya mengikut kehendak ‘kekasih’ mereka, dan mula menyerahkan wang sedikit demi sedikit kepada scammer berkenaan.

“Akhirnya apa pun tak dapat. Cinta tak dapat dan duit pula melayang,” katanya.

Berdasarkan statistik JSJK, Love Scam atau African Scam mencatatkan kerugian sebanyak RM78,838,074 pada tahun 2019 dengan kes direkodkan berjumlah 1,535 kes.

Bagaimanapun, jumlah kerugian itu menunjukkan penurunan pada tahun 2020 iaitu sebanyak RM58,320,098 dengan 1,579 kes. - Getaran, 1 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Pesara Bank Rugi RM1.98 Juta Angkara 'Love Scam'

3

Semasa 1 tahun yang lalu

SPRM Lumpuhkan Sindiket 'Scam' Ubah Suai Meter Elektrik

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Menteri Tak Pernah Promosi Kumpulan Di Media Sosial, Awas ‘Scammer’! - JPM

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

oleh Wartawan Getaran

Semasa 9 jam yang lalu

Mahkamah Tinggi KL Batal Sapina Terhadap Anwar

oleh Amirah Abu Bakar