web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Gadis 19 Tahun Hilang Selepas Pergi Kerja Sejak Jumaat Lepas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2022 7:39AM

Seorang gadis dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di Chemor, Ipoh semalam. - Gambar hiasan dari fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang remaja perempuan berusia 19 tahun dilaporkan hilang selepas dihantar bapanya ke tempat kerja di sebuah kilang pengeluar barangan berasaskan getah di Kawasan Perindustrian Kanthan, Chemor, dekat sini, sejak Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan, berkata kehilangan Norshahira Razali telah dilaporkan oleh bapanya pada Sabtu lalu di Balai Polis Kanthan Baru.

Katanya, gadis tersebut tinggal bersama keluarga di Taman Lintang, Sungai Siput, dekat sini.

Norshahira Razali - Gambar ihsan PDRM
Norshahira Razali - Gambar ihsan PDRM

“Remaja berkenaan telah dihantar ke tempat kerja oleh bapanya sekitar jam 7.30 pagi dan dikatakan telah keluar dari kilang berkenaan kira-kira 10 minit kemudian dan sehingga kini, masih gagal dikesan,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Yahaya berkata gadis itu,  berketinggian kira-kira 152 sentimeter (cm), berkulit cerah dan berbadan kurus, kali terakhir dilihat memakai baju kerja kilangnya berwarna putih.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Khantan Baru, Sarjan Mohd Nazari Abdul Rahman di talian 05-2012422 bagi membantu siasatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

3

Semasa 2 hari yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

4

Semasa 6 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad