web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cabaran Dihadapi Sektor Agromakanan, Bank Scam, Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 8:05AM

Isu mengenai cabaran yang dihadapi sektor agromakanan bagi memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar adalah antara perkara yang akan dibangkitkan di Dewan Rakyat hari ini. - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan mengenai cabaran yang dihadapi sektor agromakanan dalam memastikan rantaian bekalan makanan negara kekal stabil dan lancar antara topik yang dijangka menjadi tumpuan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat dalam laman sesawang rasmi Parlimen, soalan itu diajukan Datuk Ahmad Nazlan Idris (BN-Jerantut) kepada Menteri Pertanian dan Industri Makanan semasa sesi Pertanyaan Bagi Jawab Lisan.

Charles Anthony Santiago (PH-Klang) pula bertanyakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sekiranya kementerian itu mempunyai rancangan memperkenalkan cuti haid dan subsidi tuala wanita sebagai sebahagian daripada perlindungan sosial untuk wanita dari keluarga B40.

Tumpuan juga dijangka diberikan kepada soalan Shaharizukirnain Abd Kadir (PAS-Setiu) yang bertanya kepada Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya mengenai sejauh mana konsep Pelancongan Islamik diketengahkan dalam memajukan sektor pelancongan di Malaysia.

Isu mengenai masalah bank scam yang kerap berlaku melibatkan wang dalam akaun pendeposit bank dipindah tanpa pengetahuan pula disentuh Chong Chieng Jen (PH-Stampin) melalui soalan yang diajukan kepada Menteri Kewangan.

Beliau bertanyakan mengenai dasar dan langkah yang akan diambil oleh kerajaan dan Bank Negara Malaysia bagi mengatasi perkara itu, selain langkah untuk memulihkan keyakinan rakyat ke atas keselamatan wang mereka di bank.

Turut dijangka menjadi tumpuan adalah sesi pembentangan untuk bacaan kali pertama bagi 10 Rang Undang-Undang, antaranya Rang Undang-Undang Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Pindaan) 2022, Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2022 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2022.

Selesai sesi tersebut, persidangan akan diteruskan dengan menyambung perbahasan Rang Undang-Undang Antigangguan Seksual 2021.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 12 hari hingga 4 Ogos. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad