web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Berpada-pada Kejar Pahala, Pilih NGO Ada Kredibiliti Elak Terpedaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 7:07AM

Ramai sukarelawan dan NGO terlibat dalam misi bantuan kemanusiaan ketika banjir besar melanda pada tahun lepas dan penglibatan mereka ini ternyata meringankan beban yang ditanggung mangsa banjir. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran mewujudkan mekanisme untuk mengawal aktiviti mengumpul dana atau derma dijalankan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau orang perseorangan.

Pengerusi Majlis Dakwah Negara (MDN), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, ketiadaan mekanisme khusus menyebabkan ada segelintir individu atau kumpulan tertentu berselindung di sebalik tujuan asal penubuhan sesebuah NGO.

“Kadang-kadang ada NGO nak kutip sumbangan RM10,000 untuk projek kemanusiaan, tapi mereka mungkin dapat jumlah lagi besar, mungkin ratus-ratus ribu.

“Itu baru projek kecil-kecil, bayangkan kalau kutipan dana untuk masyarakat Islam di luar negara. Adakah sumbangan itu benar-benar sampai kepada mereka yang sepatutnya dibantu?

“Itu yang kita bimbang sebab sekarang banyak NGO tampil melakukan aktiviti mengumpul dana. Jadi kerajaan perlu kawallah. Mungkin lepas ini mana-mana NGO perlu minta kelulusan untuk tujuan tersebut,” katanya kepada Getaran.

Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid
Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid

Menurut Mahmood Zuhdi, beliau tidak menolak wujud NGO atau individu tertentu mengaut keuntungan peribadi di sebalik kos pengurusan dibenarkan.

“Ada wajarnya tapi majoriti urusan Islam di negara kita ini terbengkalai. Inilah masalahnya. Kerajaan mempunyai peruntukan sangat kecil untuk NGO yang memerlukan kewangan. Kerajaan hanya beri kepada badan kerajaan dan badan kerajaan itu kemudian mengikut cara mereka.

“Ada yang dapat banyak, yang tak dapat pun ada, kalau tidak menyokong kerajaan. Ini kita kata berlaku bolos dalam masyarakat di mana orang bebas berbuat apa sahaja yang mereka mahu dan mengikut kapasiti yang ada pada mereka.

“Jadi makin ramailah ada orang untung dan ramai juga orang tak dapat apa-apa. Bila seseorang itu semakin dikenali dan dihormati, maka semakin banyaklah dia dapat (sumbangan),” katanya.

Susulan itu, beliau turut mengesyorkan agar satu badan bebas ditubuhkan bagi melakukan audit kewangan terhadap setiap NGO di negara ini.

“Idea untuk audit tu bagus tapi soalnya adakah kerajaan ada kemampuan tersebut? Dalam peringkat ini kita tahu mereka berhadapan banyak kekurangan dari segi mekanisme, kepakaran dan keanggotaan pentadbirannya.

“Jadi harus ada satu mekanisme khusus dan satu badan bebas ditubuhkan tidak bersangkut paut dengan autoriti agama untuk melakukannya. Barulah mereka boleh buat kerja dengan licin,” katanya.

Pada masa sama, beliau turut menasihati penderma khususnya umat Islam supaya berpada-pada dalam mengejar pahala menerusi sumbangan dan derma yang disalurkan.

“Saya faham orang kita ni kalau dengar ada kutip derma nak buat van jenazah, ramai berebut-rebut sebab niat dia nak dapat pahala cepat. Saya cadangkan agar penderma ini memilih NGO yang ada kredibiliti.

“Perlu berhati-hati. Cuba jauhkan diri daripada projek dijalankan orang perseorangan. Kalau nak derma juga, siasat latar belakang individu terbabit. Selok-eloknya tumpu pada projek yang ada kredibiliti,” katanya.

Mohamad Shukri Mohamad
Mohamad Shukri Mohamad

Sementara itu, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad turut senada dengan Mahmood Zuhdi berhubung perkara itu.

Tegas beliau, Islam menggalakkan umatnya untuk bersikap pemurah tetapi janganlah sampai kita menggalakkan penyelewengan.

“Maknanya di sini kalau nak hulur derma itu biarlah kena pada tempatnya. Janganlah pula kita beri sumbangan tapi akhirnya kita ditipu dan sasaran nak beri derma tu tak tercapai.

“Penderma kena teliti dan siasat dulu NGO yang minta derma tu. Jangan kita jadi bendul dengan menggalakkan perkara-perkara yang tidak wajar berlaku,” katanya.

Jelasnya lagi, satu mekanisme khusus antaranya mendapatkan nasihat duta Malaysia ke luar negara mengenai individu atau lokasi sesuai untuk dihulurkan sumbangan bagi mengelak berlaku penyelewangan oleh NGO mahupun individu tertentu.

Terdahulu, kecoh di media sosial apabila netizen mendedahkan beberapa individu didakwa berselindung di sebalik nama NGO mereka untuk memperdaya mangsa menerusi misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan.

Kebiasaannya sumbangan awam yang dibuka sering ‘laku’ kerana modus operandi dijalankan mudah menarik perhatian mangsa.

Tidak dinafikan sukarelawan terbabit dalam aktiviti kebajikan layak mendapatkan faedah kewangan hasil aktiviti dan program dijalankan.

Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) membenarkan mana-mana NGO untuk mengambil 30 peratus daripada duit kutipan sebagai caj pengurusan.

Ini bermakna, jika sesebuah NGO berjaya mengumpul RM100,000, mereka boleh menggunakan sekitar RM30,000 sebagai caj pengurusan. - Getaran, 20 Julai 2022

Sorotan

1

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

2

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

3

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

4

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

5

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

6

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad