Berita Terkini

3 jam yang lalu: Kerajaan Perak tunggu laporan siasatan pesawat terhempas di Ipoh 3 jam yang lalu: 4,053 pegawai kontrak ke jawatan tetap tahun ini - Khairy 3 jam yang lalu: Israel mengaku bunuh 5 kanak-kanak Palestin dalam serangan baru-baru ini - Agensi Anadolu 3 jam yang lalu: MAHB rekod 7.8 juta pergerakan penumpang pada Julai 2022 5 jam yang lalu: Cadangan tubuh suruhanjaya siasatan diraja bagi siasat isu LCS dibawa ke Kabinet esok - Hishammuddin

IKUTI KAMI


Malaysia-Indonesia Setuju Secara Prinsip Integrasikan SMO, OCS - KP Imigresen

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2022 6:39AM

Pembekuan pekerja Indonesia sebelum ini telah menyebabkan beberapa sektor berdepan dengan kekurangan tenaga kerja yang meruncing. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia dan Indonesia secara prinsipnya telah bersetuju untuk mengintegrasikan System Maid Online (SMO) dan One Channel System (OCS) yang menjadi pertikaian sehingga Indonesia membekukan penghantaran tenaga kerjanya ke negara ini.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata keputusan berkenaan dicapai dalam pertemuannya bersama Duta Besar Indonesia ke Malaysia Hermono semalam yang turut disertai pegawai kanan daripada Kementerian Sumber Manusia.

“Kedua-dua pihak telah bersetuju secara prinsip untuk mengintegrasikan SMO dengan sistem OCS yang digunakan oleh Indonesia dan kedutaan akan mengambil tindakan sewajarnya selepas mendapat persetujuan daripada Jakarta,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Bicara Naratif bertajuk Imigresen: Transformasi Digital Asas Kecemerlangan di RTM1 malam tadi.

Khairul Dzaimee Daud
Khairul Dzaimee Daud

Khairul Dzaimee berkata Kementerian Sumber Manusia juga telah menulis surat secara rasmi kepada Kedutaan Indonesia agar tenaga kerja dari negara berkenaan bagi sektor yang lain dibenarkan masuk ke Malaysia, sementara menunggu persetujuan secara prinsip itu dijadikan persetujuan rasmi.

Semalam, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata kerajaan dan pihak Indonesia telah memulakan perbincangan mengenai isu pembekuan pekerja asing dari negara itu. 

Minggu lepas Hermono memaklumkan mengenai keputusan Indonesia mengenakan pembekuan sementara ke atas semua pekerja negara itu memasuki Malaysia sejak 13 Julai lepas.

Ini berikutan Jabatan Imigresen terus menggunakan SMO dalam urusan permohonan pembantu rumah warga asing oleh majikan, biarpun kedua-dua negara bersetuju menggunakan satu saluran iaitu OCS menerusi memorandum persefahaman (MoU) Pekhidmat Domestik Indonesia (PDI) yang dicapai pada April lepas.

Dalam pada itu, Khairul Dzaimee berkata sempena Hari Imigresen 2022 yang akan disambut Khamis ini, pihaknya mengadakan Hari Bersama Pelanggan bermula semalam sehingga Jumaat ini.

Katanya orang ramai boleh datang untuk membuat pembaharuan pasport, visa dan melakukan pelbagai perkhidmatan imigresen di dewan serbaguna di Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya. - Bernama

Sorotan

1

LCS: Cadangan Tubuh RCI Dibawa Ke Kabinet Esok - Hishammuddin

2

Ustaz Abu Syafiq Menang Kes Saman Fitnah Siber Terhadap PU Faiz 

3

Tumbuk, Toreh Muka Rakan Selepas Enggan Bayar Kos Baiki Kereta

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tiada Lagi Pembekuan, Permohonan 400,000 Pekerja Asing Diteruskan - Saravanan

Politik 6 jam yang lalu

PAS Boleh Takluk Pahang Pada PRU-15 Jika…

oleh Aiman Sadiq

Politik 8 jam yang lalu

ADUN Batu Lintang Sedia Hadapi Tindakan Undang-Undang

Semasa 5 jam yang lalu

Cubaan Lori 3 Tan Seludup Minyak Diesel Tumpas

oleh Aiman Sadiq