web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 7 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penganggur Didakwa Bunuh Ibu Kandung

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 2:36PM

Amirul (tengah) dihadapkan di Mahkamah Majistret hari ini, atas pertuduhan membunuh ibu kandungnya di rumah mereka di Paya Luboh, Tangga Batu dekat sini pada 5 Julai lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh di sini hari ini atas tuduhan membunuh ibu kandungnya pada 5 Julai lepas.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan dan tertuduh Amirul Hakim Abu, 38, sekadar mengangguk faham apabila pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Majistret Mazana Sinin.

Mengikut pertuduhan Amirul Hakim didapati telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian ke atas Rozizah Md Dom, 64, di sebuah rumah di Batu 9 1/2 Kampung Paya Luboh Tangga Batu, Melaka Tengah antara 2.30 petang dan 3 petang, 5 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika didapati bersalah boleh dihukum mati.

Sementara itu, dalam prosiding yang sama Amirul Hakim mengaku bersalah bagi pertuduhan mengambil dadah jenis methamphetamin di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Dadah Melaka Tengah pada 6 Julai lepas sekitar 1.35 pagi. 

Dia yang tidak diwakili peguam didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah akta sama dan dibaca bersama Seksyen 38B Akta yang sama.

Jika didapati bersalah, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dikenakan hukuman penjara selama tempoh yang tidak lebih daripada dua tahun dan menjalani pengawasan oleh pegawai sebagaimana ditakrifkan di bawah Seksyen 2 Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 bagi tempoh tidak kurang dua tahun dan tidak lebih tiga tahun.

Mazana tidak membenarkan sebarang jaminan dan menetapkan 30 Ogos ini bagi sebutan semula kedua-dua kes sementara menunggu laporan kimia dan bedah siasat serta serahan dokumen.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Yusof.

Media sebelum ini melaporkan mangsa yang juga seorang pesara guru disahkan meninggal dunia di kediamannya selepas ditikam di bahagian leher oleh penganggur itu yang juga merupakan anak sulung daripada lima beradik. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

3

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

4

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

5

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad