web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Status Warisan Komuniti Portugis, Ceti Boleh Dimohon - MOTAC

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2022 12:08PM

Nancy Shukri - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Status warisan kebangsaan bagi komuniti Portugis dan Ceti di negeri Melaka boleh dimohon berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.

Beliau berkata, permohonan untuk berdaftar di bawah status warisan tersebut tidak mengira sama ada ia melibatkan individu, komuniti, negeri, majlis daerah atau kerajaan.

“Ada beberapa kriteria warisan kebangsaan yang perlu dipatuhi, di antaranya adalah kepentingan perhubungan dengan sejarah Malaysia, mungkin itu (faktor warisan komuniti Portugis dan Ceti) boleh dimasukkan,” katanya ketika menjawab soalan tambahan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) pada sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Poay Tiong bertanya sama ada status warisan kedua-dua komuniti tersebut boleh dimohon susulan keunikan identiti mereka.

Nancy memberitahu, kriteria lain yang boleh dipertimbangkan dalam permohonan warisan merangkumi ciri-ciri reka bentuk atau estetika, pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal dan hubungan sosial atau kebudayaan.

Selain itu, tambahnya, ia turut boleh dipertimbang dari segi potensi mendidik, penyiasatan saintifik berkaitan warisan, mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau bentuk luar biasa dan keunikan warisannya.

“Kriteria boleh dipertimbangkan juga termasuk gambaran bentuk satu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek, dan akhir sekali yang kesembilan adalah apa-apa perkara lain berkaitan penentuan warisan kebudayaan yang penting,” katanya.

Dalam pada itu, Nancy memaklumkan bahawa pemilihan Malaysia menduduki kerusi Pertubuhan Pendidikan, Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) Jawatankuasa Antara Kerajaan Untuk Melindungi Warisan Kebudayaan Tidak Ternilai (IGC ICH) bagi sesi 2022-2026 adalah selepas negara berjaya meraih 110 undi daripada 132 undi keseluruhannya. - Getaran, 19 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Gangguan Seksual Lelaki: Malaysia Catat Peningkatan Ketara - Nancy

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Jangan Mudah Kongsi, Sebar Video Kanak-Kanak Mangsa Cabul - Nancy

3

Semasa 2 tahun yang lalu

KPWKM Bantu Wanita Didakwa Diberi Layanan Buruk Pegawai JKM - Nancy

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Syarikat Swasta, NGO Dipelawa Jalin Kerjasama Dengan YKN Anjur Program Kebajikan - Nancy

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

3

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

4

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

5

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

6

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 36 minit yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad