web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kebakaran Tapak Pelupusan Sampah Haram, 3 Rakyat Tempatan Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 9:04PM

Penahanan individu berkenaan dibuat bagi membantu siasatan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A, Larangan Atas Pembakaran Terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Tiga lelaki ditahan selepas dipercayai terbabit dalam insiden kebakaran tapak pelupusan sampah haram berdekatan Plaza Tol Sungai Long, Kajang.

Mengesahkan tangkapan tersebut, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, kesemua suspek warga tempatan berusia 35 hingga 45 tahun itu ditahan ketika hadir ke Pejabat JAS Kajang hari ini.

Katanya, penahanan individu berkenaan dibuat bagi membantu siasatan pembakaran terbuka mengikut Seksyen 29A, Larangan Atas Pembakaran Terbuka, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya.

"Individu yang ditahan adalah penjaga tapak pelupusan sampah haram itu dan rakan kongsi perniagaan yang menyewa tapak berkenaan daripada pemilik tanah.

"Kertas siasatan sedang dilengkapkan sebelum dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Negeri untuk izin dakwa di bawah Seksyen 44, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974," katanya hari ini.

Menurut beliau, akibat musim panas dan kering yang sedang dialami negara, kebakaran terbuka mudah berlaku terutama di kawasan tanah gambut dan tapak pelupusan sampah sekiranya tidak dikawal.

Justeru, beliau berkata, orang awam diminta untuk melaporkan sebarang aktiviti pembakaran terbuka yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800- 88-2727  24 jam sehari atau e-mel ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://eaduan.doe.gov.my.

Terdahulu, media melaporkan tapak pelupusan sampah haram di Sungai Long, Kajang itu seakan 'kebal' apabila terus beroperasi walaupun kawasan itu sudah disita hujung tahun lalu.

Individu tidak bertanggungjawab dikesan membuang sisa binaan dan sampah domestik sehingga menyebabkan kebakaran sejak Khamis lalu. – Getaran, 18 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 5 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar