web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Peniaga Wanita Rugi RM4,700 Selepas Muat Turun APK Servis Pembersihan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 6:08PM

Mangsa berusia 46 tahun itu tertarik dengan iklan yang menawarkan servis mengemas rumah berharga RM50 untuk lima jam menerusi laman sosial Facebook - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang peniaga wanita kerugian RM4,700 apabila wang dalam akaun banknya lesap selepas beliau memuat turun pautan fail 'andriod package kit' (APK) untuk tempahan perkhidmatan pembersihan.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata dalam kejadian semalam, mangsa berusia 46 tahun itu tertarik dengan iklan yang menawarkan servis mengemas rumah berharga RM50 untuk lima jam menerusi laman sosial Facebook.

“Mangsa yang berasal dari Kuala Sungai Baru itu berurusan dengan suspek yang memperkenalkan dirinya sebagai Fiona dan telah diarahkan untuk muat turun aplikasi ‘shinecleanmaid’ melalui pautan yang diberikan oleh suspek untuk membuat tempahan itu.

“Wanita itu kemudiannya telah memuat turun aplikasi tersebut dan mengisi maklumat tempahan, maklumat akaun dan membuat bayaran pendahuluan sebanyak RM10,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Zainol berkata bagaimanapun transaksi pembayaran itu tidak berjaya dan mangsa diarahkan untuk membayar secara tunai selepas servis pembersihan dilakukan.

Katanya selepas 30 minit, mangsa menerima mesej daripada pihak bank memaklumkan terdapat pemindahan wang sebanyak RM4,700 dari akaun pengadu ke akaun pihak ketiga tanpa pengetahuannya dan dia telah menghubungi pihak bank sebelum dimaklumkan akaunnya dipercayai telah digodam.

“Mangsa membuat laporan semalam di Balai Polis Kuala Sungai Baru dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menipu,” katanya.

Zainol berkata setakat ini Kontinjen Melaka hanya menerima satu kes melibatkan modus operandi penggodaman fail tersebut dan menasihatkan kepada orang awam agar sentiasa berhati-hati dengan tawaran melalui laman sosial dan tidak mengisi butiran peribadi melalui pautan diberikan pihak tidak dikenali.

Katanya orang ramai dinasihatkan untuk membuat semakan nombor akaun dan nombor telefon pada laman web sesawang http://ccid.rmp.gov.my/semakmule atau memuat turun aplikasi ‘semak mule CCID’.

“Sebagai langkah pencegahan orang ramai diminta tidak mudah percaya iklan di media sosial, jangan memuat turun dan memasang APK yang dihantar terus ke telefon oleh individu tidak dikenali dan keselamatan sistem khidmat pesanan ringkas (SMS) pada telefon pintar hendaklah sentiasa dipelihara kerana ia akan menerima SMS OTP (kata laluan sekali guna) daripada aplikasi dipasang di telefon peribadi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Teknovasi 1 tahun yang lalu

realme C61 Telefon Berkuasa Pada Harga Mampu Milik

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Waspada Sindiket Menyamar Pegawai NSRC, Mangsa Sila Buat Laporan Segera - PDRM

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Warga Emas Kerugian RM228,000 Terpedaya Pelaburan Kripto

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Doktor Rugi RM100,000 Diperdaya Sindiket Macau Scam

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

3

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

4

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

5

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

6

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar