web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Lelaki Hina Allah, Rasulullah SAW Direman 4 Hari Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 3:20PM

Seorang lelaki ditahan reman selama 4 hari mulai hari ini selepas rakaman videonya yang menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW tersebar di media sosial. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lelaki yang ditahan selepas rakaman videonya yang menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW tersebar di media sosial, direman selama empat hari untuk membantu siasatan.

Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin berkata, perintah reman diperoleh mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

“Reman lelaki tersebut bermula hari ini sehingga 22 Julai depan. Kes disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman,” katanya dalam kenyataan ringkas kepada media.

Semalam Getaran melaporkan, suspek bukan saja ditahan malah turut dibelasah orang awam sehingga mengalami kecederaan di bahagian muka, susulan tularnya satu video memaparkan suspek menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW di media sosial.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner (ACP) A A Anbalagan berkata, lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di sebuah rumah di Batu 9, Bukit Kuchai dekat Puchong jam 12.30 tengah hari selepas laporan polis dibuat di Cyberjaya, Selangor.

"Siasatan akan dilakukan oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998," katanya.

Video berdurasi 36 saat itu memaparkan suspek mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Allah dan Nabi Muhammad SAW.

Menerusi rakaman video itu, lelaki terbabit turut mencabar pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang bersuara dalam isu penghinaan Islam di Kelab Komedi Crackhouse untuk berjumpa dengannya. – Getaran, 18 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar