web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sindiket Curi Kereta : JPJ Perlu Siasat Dakwaan, Benarkah ‘Orang Dalam’ Terlibat?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2022 11:00AM

Keadaan kenderaan kakak Solehuddeen yang dicuri. - Gambar dari Twitter @lehgoretzka

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu menyiasat kebenaran dakwaan mangsa sindiket curi kereta mengenai kewujudan geran asli kenderaan curi.

Senario itu mencetuskan pelbagai persoalan, bagaimana dokumen sepenting itu boleh dimiliki oleh kenderaan curi, sedangkan ia hanya boleh dikeluarkan jabatan berkenaan untuk kegunaan yang dibenarkan di sisi undang-undang.

Penganalisis Jenayah, Datuk Shahul Hamid Abdul Rahim berkata, berdasarkan prosedur, pemilik perlu hadir ke kaunter JPJ bagi mendapatkan sendiri geran berkenaan.

Menurut beliau, adalah menghairankan bagaimana pihak ketiga boleh memiliki dokumen berkenaan dengan mudah.

Katanya, tindakan mengeluarkan geran tanpa persetujuan pemilik kenderaan adalah salah di sisi undang-undang.

“Jika benar dakwaan mangsa, JPJ perlu menyiasat perkara tersebut secara mendalam dan mengambil tindakan tegas terhadap pegawai atau anggotanya yang didapati bersekongkol dengan sindiket terbabit.

“Pada masa sama, mereka juga perlu mengkaji semula prosedur untuk mendapatkan geran atas apa jua keadaan supaya ia tidak mudah dimanipulasi oleh mana-mana pihak,” katanya kepada Getaran.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dakwaan seorang pengguna Twitter, Solehuddeen Ahmad menerusi akaun @lehgoretzka yang mendakwa kakaknya menjadi mangsa sindiket curi kenderaan selepas menyewakan kereta menggunakan satu aplikasi sewa.

Dalam ciapan tersebut beliau berkata, selepas berjaya menemui semula kenderaan mewah kakaknya, pihaknya mendapati sindiket berkenaan memiliki geran asli yang dikeluarkan JPJ.

Mengulas lanjut, Shahul Hamid berkata, tindakan tersebut amat membimbangkan sekiranya benar ada pegawai atau anggota pihak berkuasa yang bersekongkol dengan sindiket terancang seperti kes tersebut.

Bagaimanapun, beliau berkata, jika tiada pembabitan pegawai atau anggota pihak berkuasa dalam kes tersebut, JPJ perlu memperketatkan lagi syarat untuk mendapatkan geran kenderaan supaya ia tidak boleh dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

“Apabila bercakap soal sindiket terancang, mereka mempunyai pelbagai cara untuk memanipulasi sistem pihak berkuasa sama ada menggodam mahu pun menggunakan ‘loophole’ yang ada,” katanya.

Sementara itu, menolak kemungkinan ada pembabitkan pegawai atau anggota agensi kerajaan, Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim berkata, terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan sindiket untuk memanipulasi geran pemilikan kenderaan seperti dilaporkan berlaku sejak kebelakangan ini.

Katanya, kecanggihan teknologi juga antara langkah mudah untuk menghasilkan geran seakan-akan salinan asli yang boleh disahkan ketulenannya oleh JPJ.

Selain itu, beliau berkata geran asal juga boleh diperoleh untuk digunakan terhadap kenderaan baharu jika kenderaan jenis sama mengalami ‘total lost’.

“Selain itu, jual beli kenderaan terpakai perlu melalui ujian oleh PUSPAKOM dalam menentukan kesahihan kenderaan tersebut dengan syarat ketat sebelum boleh dipindah milik.

“Di sini, jelas bahawa terdapat pelbagai cara mendapatkan geran tersebut, jadi untuk menuding jari terhadap mana-mana pihak perlu ada bukti yang kukuh,” tegasnya.

Dalam pada itu, Kamal Affandi berkata, tindakan pemilik kenderaan persendirian menyewakan kenderaan adalah salah di sisi undang-undang terutamanya jika pemilik masih berhutang dengan pihak bank.

Malah menurutnya, tindakan menyewakan kenderaan kepada orang lain adalah sangat berisiko.

“Perbuatan tersebut adalah satu kesalahan mengikut Akta Sewa Beli kenderaan antara pembeli dengan pihak bank.

“Selain itu, terdapat risiko yang perlu ditanggung oleh pemilik kenderaan jika memberi sewa kereta milik mereka kepada orang lain, antaranya jika berlaku kemalangan, kerosakan tersebut tidak akan dilindungi oleh insurans.

“Malah jika kenderaan tersebut digunakan untuk melakukan jenayah, pemilik juga boleh disiasat,” katanya. - Getaran, 18 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Aktiviti Komersial Haram: Pelarian Rohingya Didakwa Guna Kenderaan Persendirian Kaut Untung

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Cukai Jalan, Insurans Tamat Tempoh, JPJ Kedah Sita ‘Vellfire’ Pemain Bola Sepak Kebangsaan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

JPJ KL Lelong 124 Kenderaan, Kutipan Cecah RM237,000

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Tolak Sikap Angkuh, Berkempen, Bersaing Secara Berhemah - Anwar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Semakan Ditolak, Isa Samad Kekal 6 Tahun Dalam Penjara 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad