web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Malaysia Mula Pulang, Petugas Masih Bertungkus Lumus

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2022 5:15PM

Petugas perubatan, Luqman Chong Abdullah Chong (kiri) - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Jemaah haji Malaysia mula pulang ke tanah air bermula hari ini dan pastinya kenangan melaksanakan ibadah itu akan terus kekal dalam ingatan.

Bagi petugas Lembaga Tabung Haji (TH) di Makkah dan Madinah, operasi menyantuni Tetamu Allah masih belum berakhir sehingga semua jemaah selamat sampai ke tanah air.

Menerusi tinjauan Bernama, sepanjang musim haji 1443 Hijrah ini, petugas TH yang menjadi tulang belakang kepada jemaah haji, sentiasa memberi perkhidmatan terbaik malah ada ketikanya melebihi bidang tugas mereka.

Bersama matlamat memastikan jemaah dapat melaksanakan ibadah rukun Islam kelima itu, semua petugas termasuk bahagian pentadbiran, operasi, media serta perubatan akan berganding bahu agar setiap perancangan dapat dilaksanakan.

Mengimbau perjalanan membawa kesemua jemaah ke Arafah, petugas perubatan pastinya antara yang tidak menang tangan, apatah lagi ada antaranya perlu diuruskan dengan teliti kerana tidak berupaya bergerak.

Petugas Perubatan, Luqman Chong Abdullah Chong berkata pada 8 Zulhijah, beliau telah mula bertugas seawal 4 pagi dan mengejutkan pesakit lelaki supaya bersiap dan memakai ihram.

Beliau yang berpeluang bertugas sebanyak tiga kali pada musim haji berkata momen memakaikan ihram pada pesakit sentiasa menyentuh perasan kerana rata-rata akan menangis dan meluahkan perasaan mengenai musibah yang menimpa sedangkan mereka datang ke Tanah Suci dalam keadaan sihat.

“Tahun ini di wad saya bertugas ada sembilan pesakit iaitu lima lelaki dan empat wanita yang perlu menaiki bas atau Safari Wukuf. 

“Majoriti pesakit mengalami masalah jantung, ada juga yang mengalami masalah buah pinggang, jangkitan kuman serta sakit belakang yang kronik sehingga tidak boleh bergerak sendiri dan hanya terlentang di katil. Pesakit ini memang perlu bantuan sepenuhnya untuk berjalan,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Luqman Chong berkata pengorbanan dilakukan terlalu kecil berbanding ketabahan yang perlu ditanggung pesakit apatah lagi apabila mendengar doa, rintihan kesakitan dan kesedihan mereka sejurus tiba di Arafah.

Menurut TH, seramai 24 jemaah haji Malaysia masih dirawat di hospital Kementerian Kesihatan Arab Saudi dan Pusat Perubatan TH di sekitar Makkah.

Namun, daripada jumlah tersebut hanya dua kes sahaja melibatkan rawatan lanjut dan keadaan sedemikian pastinya memerlukan pemantauan petugas TH kerana perlu menguruskan kebajikan sehingga sihat serta merancang jadual penerbangan pulang mereka ke tanah air.

Seorang jemaah, Ahmad Ainullutfi Azzman, 29, berkata petugas TH terutama di tempat penginapannya iaitu Maktab 46 sentiasa memberi yang terbaik hingga ada terlupa bahawa mereka sendiri sedang sakit.

“Ada yang sampai demam. Ada juga yang sampai hilang suara… ada hari tertentu dah tak boleh nak bangun. Semua untuk memastikan jemaah haji sentiasa selesa. Ketika di Muzdalifah,  saya yang jadi sukarelawan Sahabat Maktab berkawal bersama petugas dari tengah malam sampai subuh. 

“Selepas selesai subuh di Muzdalifah, bergerak pula ke Mina, nak kena uruskan perkhemahan. Awalnya ada yang berebut tempat tetapi lepas disusun dengan kerjasama jemaah haji, banyak kosong lagi rupanya. Itulah pentingnya peranan petugas dan elak macam-macam masalah,” katanya yang bersendirian ke Tanah Suci menerusi penerbangan KT1.

Ahmad Ainullutfi yang akan berangkat ke tanah air hari ini berkata kenangan beribadah akan terus terpahat di ingatan dan peluang membantu warga emas akan menjadi pendorongnya untuk terus berbuat kebaikan pada masa akan datang. - Bernama

Isu Pada

Adicita Pa’din Musa

16 Jul 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Haji: Pneumonia Penyakit Utama Dikesan, Petugas Perubatan Hadapi Fasa Getir Menjelang Masyair

2

Semasa 1 tahun yang lalu

11 Jemaah Haji Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Setakat Ini

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Kenapa Tiada Wakil MTUC Ke ILC?’ - Solomon

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jemaah Malaysia Meninggal Dunia Di Tanah Suci Akibat Serangan Jantung

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad