web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


KKM Bakal Tubuh Majlis Autisme Nasional - Khairy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jul 2022 7:26AM

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan (KKM) akan menubuhkan Majlis Autisme Nasional dalam masa terdekat sebagai pusat pihak berkepentingan berkenaan autisme.

Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata penubuhan majlis itu bertujuan membangunkan strategi intervensi bersepadu bagi individu yang berada dalam spektrum autisme.

Beliau berkata KKM akan menyediakan kertas Kabinet mengenai penubuhan majlis itu dan akan membentangkannya kepada Kabinet dalam tempoh sebulan atau dua bulan akan datang.

"Majlis ini bukan hanya memperlihatkan sokongan yang kita beri kepada ibu bapa atau individu autisme di peringkat kanak-kanak tetapi juga intervensi sokongan yang kita dapat beri kepada mereka apabila mereka menjadi dewasa dan ingin menyumbang kepada pembangunan negara,” katanya.

Khairy berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan penutupan Bengkel Transformasi Strategi dan Memperkasa Penjagaan Autisme di sini semalam.

Menurut Khairy, penubuhan majlis itu akan melibatkan pelbagai kementerian serta pihak berkepentingan dan antara kementerian dicadangkan menyertainya ialah Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia serta Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Beliau berkata menerusi majlis itu, beliau berharap untuk membangunkan Pendaftaran Klinikal Autisme Kebangsaan sebagai pangkalan data kes autisme di negara ini.

Mengenai bengkel berkenaan, Khairy berkata perkara yang dibangkitan termasuk perlindungan insurans kepada individu autisme akan diteliti oleh Majlis Autisme Nasional itu kelak dan Bank Negara sebagai badan kawal selia industri insurans di negara ini boleh jemput untuk memberi pandangan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Sindiket Jual Ubat Tak Berdaftar Tumpas, Babit Nilai RM5.6 Juta

2

Semasa 1 bulan yang lalu

‘Laksanakan Semula GST, Guna Nama Lain Pun Tak Apa’ - KJ

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Jual Kanta Lekap Tidak Berdaftar, KKM Keluar 12 Notis Amaran

4

Semasa 8 bulan yang lalu

97 Kluster Jangkitan Influenza Dikesan Pada ME 40/2025

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN JOHOR: PN Umum Barisan Calon, Gabung Muka Lama Dan Baharu 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar