web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kongres PKR Kecoh: Ada Perwakilan Dihalang Sebab Tak Ikut Peraturan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 6:14PM

Ahmad Syukri Che Ab Razab - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) menyangkal dakwaan pihaknya menghalang sebahagian perwakilan memasuki dewan kongres sayap pemuda itu di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, hari ini.

Setiausaha Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ahmad Syukri Che Ab Razab berkata, perwakilan tersebut dihalang disebabkan mereka tidak menghantar laporan kepada parti dan tidak melaksanakan Mesyuarat Agong Tahunan. 

“Dia tak ada isu sebenarnya. Yang boleh masuk adalah perwakilan. Yang tak boleh masuk itu bukan perwakilan. Sebab nak jadi perwakilan untuk AMK dia ada dua syarat.

“Syarat pertama, cabang itu mesti buat mesyuarat agung tahunan yang mana ini tanggungjawab wajib setiap cabang. Setiap tahun kena buat mesyuarat agung tahunan, bukan sekadar buat mesyuarat. 

“Kena hantar laporan, mesyuarat itu mesti cukup korum, laporan itu mesti cukup tandatangannya semua. Dan kemudian dia kena hantar kepada kita,” katanya ketika ditemui media di sini, hari ini. 

Mengulas lanjut berkenaan syarat kedua, Ahmad Syukri menegaskan setiap cabang mestilah melakukan proses pemilihan dengan sempurna sekiranya mahu menghadiri kongres 

“Pemilihan sempurna ini maksudnya untuk pemilihan yang lepas, setiap cabang itu dia mesti memiliki sekurang-kurangnya lapan pencalonan orang bertanding. 

“Ketua, Timbalan, Naib dan lima ahli jawatankuasa (AJK). Kalau kurang satu cabang itu kiranya tak layak bertanding dan tiada pertandingan. Dua syarat ini mesti ada.

“Kebanyakan yang berlaku tadi hanya memenuhi syarat kedua, iaitu menang pemilihan. Jadi mereka merasakan mereka layak untuk jadi perwakilan sedangkan dalam peraturan kita jelas kata dia ada dua syarat kuat,” katanya. 

Terdahulu, suasana kecoh tercetus di hadapan pintu masuk dewan persidangan Kongres AMK 2022 pagi ini apabila sejumlah perwakilan dan ahli sayap PKR itu, tidak dibenarkan masuk.

Dilaporkan perang mulut tercetus sebaik kongres sayap itu bermula, apabila sekumpulan anggota dihalang masuk oleh petugas.

Ahmad Syukri menegaskan, syarat itu bukan hanya digunakan AMK, malah jawatankuasa PKR mempratikkan pendekatan sama. 

Jelasnya, kekecohan terbabit tidak seharusnya berlaku disebabkan pihaknya sudah memaklumkan cabang dan perwakilan yang boleh hadir ke Kongres AMK 2022 menerusi laman web rasmi sayap pemuda itu. 

“Nak mengundi ini pun sama, iaitu dia mesti datang daripada perwakilan cabang yang buat mesyuarat dan pemilihan sempurna.

“Isu pemerhati pula, dewan tak berapa besar disebabkan peruntukan. Perwakilan yang layak datang ialah 675 orang. Kapasiti maksimum dewan ini 400. Jadi, kalau kita benarkan pemerhati masuk memenuhi dewan, kita risau nanti perwakilan yang tak ada tempat. 

“Jadi kita putuskan untuk benarkan perwakilan sahaja masuk dan kali ini kita tak buka kepada pemerhati. Sebenarnya kehadiran mereka perlu dimaklumkan. Justeru, tidak ada isu kita halang tanpa sebab. Semuanya berdasarkan kepada peraturan,” katanya. - Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 tahun yang lalu

Anwar Sahkan Rafizi Hadir Mesyuarat MPP PKR

2

Politik 1 tahun yang lalu

‘Kemenangan Ini Amanah Besar, Wakili Suara Ramai’ - Afdlin Shauki

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Liga Super: Polis Kesan Suspek Terlibat Kekecohan

4

Politik 2 tahun yang lalu

2 Timbalan Menteri Dilantik Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 17 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad