web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Op Motosikal: 134 Saman Pelbagai Kesalahan Dikeluarkan, 15 Kenderaan Disita

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 3:02PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 134 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dalam Operasi Sekatan Jalan Raya (Op Motosikal) di Jalan Lembah Jaya, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, Ops Motosikal dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang selama lapan jam bermula sembilan malam hingga awal pagi tadi.

“Operasi ini dijalankan bagi mengesan dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang tidak mematuhi peraturan lalu lintas, terutamanya bagi penunggang motosikal.

“Hasil daripada operasi dijalankan sebanyak 134 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, seperti tiada lesen memandu sah, cukai jalan tamat tempoh, pengubahsuaian struktur kenderaan dan pengubahsuaian ekzos,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, sebanyak 15 motosikal turut disita di bawah Sek 64(1) APJ 1987 dan dibawa ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik untuk tindakan selanjutnya.

Katanya, dalam operasi tersebut, pihaknya turut menahan seorang individu yang memandu di bawah pengaruh alkohol.

“Individu tersebut dibawa ke Balai Polis Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ampang Jaya untuk dijalankan ujian EBA II (Evidential Breath Analyzer II).

“Hasil ujian EBA II terhadap individu tersebut menunjukkan keputusan tahap kandungan alkohol dalam darah melebihi had ditetapkan, iaitu hanya 50mg/100ml,” ujarnya.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa mempertingkatkan operasi, terutama pada malam cuti umum bagi memastikan semua pengguna jalan raya mematuhi peraturan dan undang-undang, selain tidak mengganggu ketenteraman awam. – Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 jam yang lalu

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

Semasa 1 hari yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

4

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

Sorotan

1

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

2

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

3

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

4

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

5

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

6

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Politik 6 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran