Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Saya Tak Kenal Alex Chandran Atau Siti Nuramira: Vokalis Alleycats

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2022 9:00AM

David Arumugam - Gambar Instagram @davidalleycats

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Artis terkenal tanah air, Datuk David Arumugam menafikan beliau mempunyai sebarang hubungan dengan pasangan yang mencetuskan kontroversi selepas didakwa menghina Islam, baru-baru ini.

Penyanyi dan pengasas kumpulan Alleycats itu berkata, beliau langsung tidak mengetahui rancangan pasangan terbabit untuk menjemput kumpulan berkenaan membuat persembahan di acara berkaitan seks di venue muzik di Petaling Jaya, Merdekarya.

Arumugam ketika dihubungi The Vibes memberitahu, beliau sudah membuat laporan di balai polis di Petaling Jaya semalam, selepas mengetahui kumpulannya dikaitkan dengan dua individu terbabit, iaitu Alexander Navin Vijayachandran, 38, dan Siti Nuramira Abdullah, 26.

Kaitan itu tercetus selepas Alexander dan Siti Nuramira dilapor memaklumkan bahawa Alleycats bakal membuat persembahan pada acara dirancang mereka di Merdekarya yang dikatakan sebagai ‘bengkel seks’.

“Saya tidak mengetahui rancangan ini (untuk acara itu). Saya tidak mengenali orang ini (Alexander) kerana saya tidak pernah bercakap dengannya. Saya sudah buat laporan (polis) mengenai perkara itu.

“Saya sangat terkejut dan kecewa kerana kumpulan saya (Alleycats) dikaitan (dalam perkara ini),” kata penyanyi 'Sampaikan Salam Cintaku' berkenaan ketika dihubungi.

Ditanya bagaimana dia mengetahui bahawa Alleycats disebut secara meluas di media sosial berhubung dakwaan itu, Arumugam berkata, rakannya menghantar pelbagai klip media mengenai perkara terbabit yang mendorongnya memfailkan laporan berkenaan.

Siti Nuramira didakwa mencetuskan ketidakharmonian agama apabila mengaku Islam dan menghafal 15 juzuk Al-Quran, sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya di Kelab Komedi Crackhouse - Gambar fail
Siti Nuramira didakwa mencetuskan ketidakharmonian agama apabila mengaku Islam dan menghafal 15 juzuk Al-Quran, sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya di Kelab Komedi Crackhouse - Gambar fail

Semalam, Siti Nuramira mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen selepas didakwa menghina Islam semasa membuat persembahan komedi ketika acara ‘mikrofon terbuka’ di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail (TTDI), baru-baru ini.

Menerusi pertuduhan itu, dia didakwa mencetuskan ketidakharmonian agama apabila mengaku Islam dan menghafal 15 juzuk Al-Quran, sebelum menanggalkan tudung dan baju kurungnya di premis hiburan berkenaan pada 4 Jun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja menimbulkan suasana tidak harmoni, niat jahat atau kebencian atas alasan agama.

Alexander pula yang dikenali sebagai Alex Chandran, turut didakwa semalam di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Alexander Navin Vijayachandran didakwa semalam di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - Gambar fail
Alexander Navin Vijayachandran didakwa semalam di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 - Gambar fail

Seksyen itu meliputi penyalahgunaan rangkaian komunikasi dan membawa hukuman maksimum penjara setahun atau denda sehingga RM50,000.

Menurut Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin, Siti Nuramira ditahan pada 9 Julai lalu, selepas klip video persembahannya tular dan direman empat hari yang berakhir semalam.

Alexander yang ditahan keesokannya untuk siasatan, turut direman sehingga semalam.

Dalam video persembahan berdurasi 45 saat itu, Siti Nuramira menerima sorakan daripada penonton sambil menanggalkan tudung dan baju kurung sehingga tampil seksi.

Susulan tindakan itu, pihak pengurusan kelab berkenaan kemudian membuat laporan di Balai Polis TTDI terhadap wanita terbabit dengan memaklumkan Siti Nuramira dan Alex dihalang daripada venue sejurus persembahan.

Perbuatannya menyebabkan lesen operasi Kelab Komedi Crackhouse digantung buat sementara waktu oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), sehingga tindakan pihak berkuasa itu dikritik beberapa nama besar dalam bidang seni komedi di Malaysia.

Kejadian di kelab itu juga membongkar kes sebelum ini yang dicetuskan pasangan terbabit, seperti dipaparkan di Merdekarya menerusi rangkaian Twitter sehingga tular.

Antara perkara lain dibangkitkan adalah Merdekarya mendakwa Alexander menjadi penaung pertubuhan itu sekitar tahun 2015 dan pihak platform terbabit, kemudian menyuarakan kebimbangan mengenai aduan gangguan daripada pelanggan wanita lain.

Alexander juga berulang kali diberi amaran mengenai ‘dasar larangan merokok’ di tempat berkenaan dan dimaklumkan bahawa dia tidak dialu-alukan di Merdekarya, melainkan dia mengubah tingkah lakunya, sebelum lelaki terbabit tidak datang ke situ sejak itu.

Bagaimanapun, Merdekarya menyatakan bahawa pada bulan lalu, Alexander kembali ke venue itu bersama pasangannya, Siti Nuramira atau Amy dengan kedua-dua mereka mahu menganjurkan ‘bengkel seks’ membabitkan komedi berdiri dan penampilan oleh Alleycats.

“Kami menolak permintaan itu kerana kami masih waras dan lebih-lebih lagi, Merdekarya adalah venue untuk kumpulan pemuzik untuk membuat persembahan, bukan festival seks berkumpulan yang diiringi oleh Alleycats,” jelas pihak berkenaan.

Pada masa sama, pihak venue itu mendakwa pasangan terbabit enggan membayar bil makanan mereka dalam pertengkaran yang berakhir dengan pengasas Merdekarya, Brian Gomez menerima ancaman bunuh dan mahu dibakar oleh Alexander.

Pihak berkenaan juga memaklumkan, Alexander ditangkap dan didakwa atas ugutan itu, tetapi dibebaskan daripada tahanan polis selepas membayar denda RM100.

Gomez ketika dihubungi memberitahu The Vibes bahawa dia ‘tidak tahu’ mengapa pasangan itu terus mengaitkan Alleycats dalam promosi mereka berhubung ‘bengkel seks’ berkenaan.

Ditanya apakah yang dia rasakan mengenai kemahuan ingin dicapai pasangan itu dalam usaha ‘kreatif’ mereka, Gomez berkata dia juga tidak pasti.

“Saya tidak tahu (apa yang mereka mahu capai). Dan saya benar-benar tidak fikir sama ada mereka melakukannya. Jika boleh saya meneka, saya akan fikir mereka cuba untuk ‘mengorbankan diri’. Maksud saya, mereka memuat naik semua yang mengundang masalah kepada diri mereka sendiri. Tetapi apa yang pasti, saya tidak ada idea,” katanya. – Getaran, 15 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Lesen Perniagaan Dibatal, Pemilik Crackhouse Tarik Semula Permohonan Cabar DBKL

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Mahkamah Tolak Representasi Kedua Rizal Van Geyzel Untuk Gugur Pertuduhan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Pemilik Crackhouse Comedy Club Kemuka Representasi Kedua Gugur Tuduhan

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Dengar Permohonan Semakan Kehakiman Pemilik Kelab Komedi 23 Mei

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwa Gerai Dirobohkan Tanpa Notis, Peniaga Tuntut Penjelasan

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM