web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kebun-Kebun Bangsar Diselaras Di Bawah Projek Kebun Kejiranan Bandar LA21KL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2022 9:30PM

DBKL berkata Kebun-Kebun Bangsar yang beroperasi sejak Oktober 2016 adalah satu projek contoh untuk aktiviti berkebun. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bersetuju Kebun-Kebun Bangsar diselaraskan sebagai rakan kongsi Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL).

DBKL dalam kenyataan hari ini memaklumkan ia susulan daripada keputusan Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang meluluskan Lesen Pendudukan Sementara di atas Tanah Kerajaan Simpanan Talian Elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang terletak antara Jalan Cenderai dan Lorong Bukit Pantai 4, Taman Bukit Pantai, Mukim Kuala Lumpur, untuk tujuan tapak semaian dan perkebunan kepada Datuk Bandar Kuala Lumpur pada 28 Jun lepas.

“Hari ini, satu perjumpaan yang dipengerusikan Pengarah Eksekutif Perancangan DBKL telah diadakan bersama pihak Kebun-Kebun Bangsar, pemegang taruh, wakil persatuan penduduk, TNB dan Pejabat Tanah dan Galian (PTG).

“Berdasarkan perjumpaan itu, pihak Kebun-kebun Bangsar telah dimaklumkan mengenai keputusan yang dikeluarkan DBKL iaitu kebun berkenaan kini diselaraskan di bawah program LA21KL sebagai kebun kejiranan bandar LA21KL.

“Oleh itu aktiviti di kebun berkenaan akan dipantau oleh DBKL dan agensi berkaitan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu.

DBKL berkata Kebun-Kebun Bangsar yang beroperasi sejak Oktober 2016 adalah satu projek contoh untuk aktiviti berkebun menggunakan tanah rezab talian rentis TNB dan wajar dicontohi sekiranya dijalankan mengikut peraturan dan syarat yang ditetapkan.

Menurutnya pelbagai aktiviti telah dijalankan sehingga ia menjadi kebun contoh yang berjaya serta dilawati pelbagai delegasi dalam dan luar negara selain menerima pelbagai geran dari Khazanah Nasional dan ThinkCity atas inisiatif “placemaking” yang baik.

“Ia juga mendapat sokongan daripada media dan orang awam kerana menjalankan aktiviti pendidikan pertanian kepada pelawat berikutan terdapat kepelbagaian jenis tanaman dan herba,” menurut kenyataan itu.

Sebelum ini, Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Wilayah Persekutuan (PPTGWP) mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Pusat Komuniti Kebun-Kebun Bangsar, di sini, kerana berlakunya pelanggaran syarat Lesen Pendudukan Sementara bagi maksud nurseri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

2

Semasa 1 tahun yang lalu

DBKL Batal Sambutan Ambang Merdeka

3

Sukan 1 tahun yang lalu

KLFA Dan KL City FC: Tiada Kewajipan Untuk DBKL Salur Peruntukan Kewangan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Berniaga Tanpa Kebenaran, 9 Peniaga Warga Asing Dikenakan Tindakan

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Bentuk Jawatankuasa Kabinet Pekerja Asing Minggu Depan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad