web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Fenomena ‘2 Ribut Bertembung Di Tengah’ Hanya Maklumat Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 8:07PM

MET Malaysia menyangkal dakwaan akan berlaku ‘pertembungan dua ribut di tengah’ seperti yang tular di media sosial.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Dakwaan bahawa akan berlaku ‘pertembungan dua ribut di tengah’ sebagaimana yang tular di media sosial, hari ini hanyalah berita palsu.

Jurucakap Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia) menegaskan, sistem tekanan rendah yang terbentuk di pantai timur India dijangka bergerak perlahan ke barat memasuki daratan India.

“Sistem ini akan menyebabkan tiupan angin yang kencang dan lembapan bertumpu di sekitar kawasan berkenaan dan tidak akan memberi kesan kepada negara kita.

“MET Malaysia juga menegaskan penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan cuaca melalui laman sesawang Jabatan Meteorologi Malaysia iaitu www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi MET Malaysia serta hotline di talian 1-300-22-1638.

Terdahulu, seorang individu berkongsi maklumat mengenai fenomena luar biasa itu yang kononnya akan berlaku pada jam 6 petang tadi di Facebook miliknya.

Dakwanya, angin tersebut bertahap taufan dan boleh meragut banyak nyawa.

Dalam perkembangan berasingan, MET Malaysia meramalkan kebanyakan negeri di utara Semenanjung dijangka dilanda hujan lebat bersama ribut petir dan angin kencing sehingga esok.

“Berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS), angin kencang baratan boleh menghasilkan garis badai yang membawa bersama hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di negeri-negeri utara Semenanjung.

“Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora (Kategori Kedua dan Ketiga) juga telah dikeluarkan di Laut China Selatan, Phuket dan Selat Melaka Utara berkuat kuasa sehingga 15 Julai 2022,” katanya. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Cuaca Panas, Kurang Hujan Di Kebanyakan Tempat Hingga 25 Januari - MetMalaysia

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di 6 Negeri Hingga Malam Ini

3

Semasa 2 tahun yang lalu

‘Saya Nampak Bumbung Jatuh Timpa Kereta’ - Penduduk Apartment Putra Ria

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Kuatnya Angin, Nak Terbang Kita Dibuatnya Wak!

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad