web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


2 Lelaki Disyaki Terlibat Pembunuhan Ditahan, Peralatan Seks Antara Rampasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 6:16PM

Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Dua rakyat tempatan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes pembunuhan seorang lelaki, dipercayai warga asing di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, turut dirampas adalah pelbagai barangan peribadi milik suspek berupa telefon bimbit dan pelbagai peralatan seks.

Menurut beliau, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya pada jam 2.50 petang semalam menerima maklumat mengenai seorang lelaki yang jatuh dari tingkat 17 sebuah kondominium.

“Sepasukan polis dari IPD berkenaan telah pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan dan menjumpai mayat seorang lelaki disyaki warga asing dalam keadaan tanpa pakaian.

“Bertindak atas maklumat, pada hari sama jam 10.15 malam, polis menyerbu kediaman di Kelana Jaya dan menangkap dua lelaki warga tempatan yang disyaki terlibat dalam pembunuhan tersebut,” katanya hari ini.

Mohamad Fakhrudin berkata, tangkapan dilakukan di lokasi mayat dijumpai.

“Kami masih menjalankan siasatan berkaitan kes terbabit dan mangsa yang berusia lingkungan 30an tidak mempunyai sebarang identiti ketika ditemui,” katanya.

Beliau memberitahu, kedua-dua suspek yang berumur sekitar 40-an telah ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 19 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

2

Semasa 2 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

Semasa 3 hari yang lalu

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

4

Semasa 4 hari yang lalu

Nahas 2 Kenderaan, Kanak-Kanak 9 Tahun Maut Kereta Dipandu Ibu Bertembung 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan