web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


5 Suspek Penipuan Pakej Haji Diserah Semula Ke Polis KL

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2022 3:51PM

S Sasikala Devi - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima individu yang ditahan berikutan insiden membabitkan 380 jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), minggu lalu, diserahkan semula kepada Polis Kontinjen Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut, hari ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk S Sasikala Devi berkata, ia susulan tempoh reman kesemua suspek berusia antara 30 hingga 60 tahun terbabit yang tamat hari ini.

“Tempoh reman kelima-lima suspek di Selangor sudah tamat, jadi mereka diserahkan kepada IPK (Ibu Pejabat Polis Kontinjen) Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.

“Semua suspek akan dibawa ke Kuala Lumpur untuk siasatan lanjut berhubung kes itu, petang ini. Permohonan reman terhadap mereka pula akan dibuat esok,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan penahanan lima individu terbabit, terdiri daripada dua lelaki dan tiga wanita di beberapa lokasi sekitar ibu negara pada 8 Julai lalu, susulan laporan polis dibuat mangsa.

Lima individu yang ditahan itu merupakan pemilik agensi pelancongan berkenaan serta isterinya, seorang ejen serta dua pekerja di agensi terbabit.

Minggu lalu media melaporkan, 380 bakal jemaah haji terkandas di KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).

Visa furada adalah visa yang diuruskan sendiri dan dilapor dikeluarkan oleh Arab Saudi, tanpa membabitkan jumlah kuota yang diperoleh TH, namun difahamkan visa tersebut tidak lagi dikeluarkan. - Getaran, 13 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

PPKL TH Nadi Keselamatan Jemaah Haji Di Kota Suci

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Projek Aerotrain KLIA Dijangka Siap Hujung Januari 2025 – MAHB

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Perkhidmatan ‘Autogate’ Di Pintu Masuk Utama Ditambah Baik - Ruslin

4

Video & Galeri 1 tahun yang lalu

Semoga Mereka Memperoleh Haji Mabrur

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam