web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


14,305 Jemaah Malaysia Selesai Laksana Ibadah Haji, Tiada Insiden Buruk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 6:11PM

Gambar ihsan Tabung Haji

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Kesemua 14,305 jemaah Malaysia selesai melaksanakan ibadah haji tanpa sebarang perkara tidak diingini berlaku.

Menerusi laporan Operasi Tanah Suci Tabung Haji (TH), daripada jumlah tersebut seramai 5,795 jemaah telah meninggalkan Mina semalam, selepas melakukan nafar awal manakala selebihnya pada hari ini.

Jemaah haji yang telah berada di Makkah turut dibawa melakukan ibadah tawaf dan saie, bagi melengkapkan ibadah itu selain wukuf di Arafah, mabit di Muzdalifah dan melontar jamrah pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Berdasarkan kuota yang diperuntukan kepada TH, seramai 14,306 jemaah telah menerima tawaran mengerjakan rukun Islam kelima itu, namun seorang daripadanya iaitu jemaah lelaki berusia 62 tahun telah meninggal dunia pada 25 Jun, ekoran jangkitan kuman.

Selain itu, bagi memastikan operasi membawa jemaah dari Mina ke Makkah berjalan lancar, sebanyak 110 buah bas telah digunakan bermula 6.30 pagi hingga 12 tengah hari, bermula semalam.

Jemaah haji sebelum ini telah bergerak ke Arafah bermula 7 Julai (8 Zulhijjah), kemudiannya pada 9 Zulhijjah berangkat ke Muzdalifah dan seterusnya bergerak ke Mina untuk bermalam di sana bagi melaksanakan ibadah melontar.

Sementara itu tinjauan Bernama mendapati, sepanjang perjalanan operasi Masyair iaitu melibatkan Arafah, Muzdalifah dan Mina, kebajikan jemaah haji sentiasa terjaga malah pergerakan mereka akan dipantau dengan baik.

Ketika di tiga lokasi tersebut, bukan sahaja klinik disediakan di setiap maktab (penginapan) tetapi juga rondaan dari semasa ke semasa untuk meninjau tahap kesihatan jemaah dan membuat rawatan segera.

Lebih menarik apabila melihat kesungguhan petugas yang memantau pergerakan jemaah dari Mina ke kawasan Jamrah untuk ibadah melontar, kerana mereka perlu memastikan tiada jemaah yang tersesat sepanjang 10 kilometer perjalanan pergi dan balik.

Tanpa kerusi mahupun lokasi yang selesa, petugas perlu berdiri sekurang-kurangnya empat jam dan kemudiannya bergerak mencari jemaah jika ada yang terpisah dari rombongan maktab masing-masing.

Petugas unit bimbingan haji juga memainkan peranan penting tanpa mengira waktu, kerana perlu menjawap kemusykilan bagi memastikan kesemua jemaah telah melengkapkan apa yang sepatutnya serta memperoleh haji mabrur. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad