web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tarik Semula Penggantungan Crackhouse, DBKL Jangan Berat Sebelah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 5:21PM

Pintu masuk ke Crackhouse Comedy Club ditampal pita setelah operasinya digantung oleh DBKL. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Barisan pelawak terkenal negara termasuk Harith Iskander dan Douglas Lim menggesa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menarik semula penggantungan lesen Crackhouse Comedy Club kerana disifatkan sebagai berat sebelah dan dibuat tanpa pertimbangan yang wajar.

Rakan setia Crackhouse Comedy Club dalam satu kenyataan bersama berkata, tindakan menyita dan menggantung lesen kelab tersebut tanpa notis bertulis adalah sangat prejudis dan tidak adil.

Menurut mereka, pengurusan kelab tersebut sudah pun menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak berkuasa berhubung siasatan atas tindakan individu berkenaan yang tidak boleh diterima.

“Tindakan sebelah pihak individu tersebut memburukkan nama baik cabang seni lawak berdiri yang masih baharu dan mula berkembang maju di Malaysia.

“Sepanjang lapan tahun operasi, insiden begini tidak pernah sama sekali berlaku di Crackhouse Comedy Club, justeru kami menggesa pihak berkuasa agar bertindak terhadap individu tersebut jika melanggar sebarang peraturan, tanpa menghukum Crackhouse Comedy Club yang tidak terlibat dalam tindakan individu berkenaan,” katanya.

Antara individu yang turut bersama mengeluarkan kenyataan tersebut adalah dua pengasas bersama, Rizal Van Geyzel dan Shankar R Santhiram, Jason Leong Say Keong, Kavin Jayaram, Shamaine Othman, Andrew Netto, Achmad Rusli atau Mad Sabah, Muhd Fadzri atau Fakkah Fuzz dan beberapa nama lain.

Menurut kenyataan itu lagi, Crackhouse Comedy Club sentiasa mematuhi undang-undang ketika menjadi tuan rumah kepada pelawak berdiri yang bermoral, bekerja keras dan mempunyai cita-cita untuk menyara hidup mereka secara jujur menerusi cabang seni berkenaan.

“Pihak pengurusan Crackhouse Comedy Club akan terus bekerjasama dengan pihak berkuasa terutamanya DBKL untuk menangani segala urusan termasuk status perlesenan kelab ini,” katanya.

Terdahulu, DBKL menggantung lesen operasi kelab terbabit susulan penularan satu video pendek memaparkan seorang wanita yang membuat persembahan di kelab tersebut, dan didakwa menghina agama Islam.

Wanita itu, Siti Amira Natasya Abdullah atau Amy, 28, bagaimanapun kini direman Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi membantu siasatan lanjut berhubung dakwaan tersebut dan dijangka dituduh di mahkamah dalam masa terdekat. - Getaran, 12 Julai 2022

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 4 jam yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Lelaki Maut, Jatuh Dari Tingkat 24 Kondominium

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar