web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PDRM Korban 15 Lembu, Anak Yatim, IPD Antara Penerima

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 3:37PM

Razarudin memotong daging korban untuk diagihkan kepada semua penerima terpilih di sekitar ibu negara. - Gambar oleh Fitri Nizam

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Anak yatim, petugas di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) sekitar ibu negara adalah antara penerima daging korban, menerusi Program Ibadah Korban Masjid Bukit Aman anjuran bersama Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction).

Acara yang diadakan di Masjid Bukit Aman pagi tadi itu melibatkan 15 ekor lembu dan disempurnakan Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain bersama Ketua Pegawai Eksekutif MyFundAction, Mohammad Afiq Mohmad Nazari.

Razarudin dalam ucapannya berkata, daging daripada 15 ekor lembu yang dikorbankan dalam program berkenaan akan diagihkan kepada semua penerima terpilih di sekitar ibu negara.

“Hal ini amat bertepatan dengan hikmah di sebalik pensyariatan ibadah korban iaitu dapat mengeratkan silaturahim, di samping memupuk sikap timbang rasa dan prihatin terhadap masyarakat melalui pengagihan daging-daging korban kepada mereka yang berhak menerimanya, khususnya golongan memerlukan.

“Lebih membanggakan, kerja-kerja menyembelih, melapah sehinggalah memasak daging korban pada hari ini, telah disempurnakan oleh anak-anak muda sukarelawan yang terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi serta ahli gabungan MyFundAction selain warga PDRM Bukit Aman sendiri,” katanya.

Beliau berkata, penglibatan golongan muda dalam program seumpama ini dapat memupuk sifat ringan tulang serta bersosial dalam konteks yang positif dan menepati syariat.

“Generasi muda bakal menjadi golongan pelapis yang akan menyambung legasi pentadbiran negara dan berperanan penting dalam memastikan nikmat keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini kekal terpelihara.

“Justeru, pembentukan generasi pelapis yang berkualiti, memerlukan acuan yang tepat serta seimbang bukan sahaja dari aspek kemampuan intelektual semata-mata, tetapi juga pemantapan akhlak, sahsiah dan rohani,” katanya.

Tambah Razarudin, PDRM sentiasa mengalu-alukan sebarang tawaran kolaborasi kreatif dan strategik daripada mana-mana Badan Bukan Kerajaan (NGO), sektor swasta dan badan korporat.

“Saya yakin, usaha sebegini bukan sahaja membawa kepada situasi menang-menang kepada kedua-dua pihak, tetapi juga dapat menyuntik kesedaran dan keprihatinan segenap lapisan masyarakat terhadap pentingnya bersatu hati ke arah kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara,” katanya. - Getaran, 12 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 14 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Semasa 15 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

3

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

4

Semasa 3 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi