web statsweb stats

Berita Terkini

19 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 19 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Penduduk Di Kawasan Tanah Rizab Sungai Kupang Akan Dipindahkan - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2022 2:49PM

Pengusaha kedai bakeri Nurul Halimah Kuin, 29, menunjukkan tapak kedainya yang roboh akibat arus deras dan fenomena kepala air yang berlaku di Kampung Iboi Kupang, baru-baru ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR- Semua penduduk yang mendiami tanah rizab Sungai Kupang akan dipindahkan ke kawasan lebih selamat bagi mengelakkan tragedi banjir dan fenomena kepala air seperti yang berlaku pada 4 Julai lepas.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata ketika ini Pejabat Daerah dan Tanah Baling sedang mengenal pasti bilangan rumah yang terlibat dan pelaksanaannya akan diumumkan kemudian.

Beliau berkata kerajaan negeri juga akan membina semula rumah ganti bagi 30 keluarga yang layak di atas tanah Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) di Kampung Sadek, Kupang dengan kos sekitar RM58,000 hingga RM60,000 sebuah.

“Selain itu, kerajaan negeri akan membayar sewa rumah sementara kepada penduduk yang rumah mereka musnah sepenuhnya dan yang rosak teruk dengan kadar sewa RM400 sebulan dan RM100 sebulan untuk utiliti selama enam bulan.

“Bagi kediaman yang rosak, kerajaan negeri melantik anak syarikat yang berkaitan untuk melaksanakan kerja-kerja membaik pulih kerosakan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Muhammad Sanusi berkata bancian sedang dilakukan oleh Pejabat Daerah dan Tanah Baling bagi mengenal pasti kesan banjir yang berlaku kepada kediaman penduduk yang terlibat.

Selain itu, katanya kesan-kesan sampingan bencana itu juga sedang dinilai oleh agensi dan jabatan  berkaitan yang seterusnya akan dilaporkan kepada kerajaan negeri untuk tindakan segera.

“Kerajaan negeri juga membantu menguruskan sejumlah 1,228 laporan polis oleh mangsa banjir untuk mendapatkan bantuan Agensi Pengurusan Bencana Negara dan menguruskan 17 keluarga yang masih berada di pusat pemindahan sementara di Sekolah Menengah Kebangsaan Jerai.

“Selain itu, kerajaan negeri turut membantu sekolah dan institusi awam yang terbabit seperti sekolah, surau dan dewan serta membaiki infrastruktur air masyarakat yang terjejas,” katanya.

Menurut beliau, kesemua tindakan itu termasuk inisiatif tambahan lain akan dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri esok untuk kelulusan perbelanjaan.

Dalam pada itu, Muhammad Sanusi berkata pihaknya juga masih menunggu laporan siasatan jabatan teknikal yang terlibat dalam mengenal pasti punca kejadian itu termasuk yang berhubungan dengan projek pembangunan ladang hutan di Gunung Inas yang dikaitkan dengan bencana itu. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad