web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Tajuddin Digugur Sebagai Duta?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 10:18PM

Tajuddin Abdul Rahman - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persoalan sama ada Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bakal dilantik sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia atau sebaliknya menjadi tanya tanya, terutama selepas wujudnya laporan mendakwa Ahli Parlimen Pasir Salak itu telah digugurkan. 

Beberapa media hari ini yang memetik kenyataan sumber melaporkan, Tajuddin telah digugurkan dan namanya tidak terkandung dalam senarai terbaru penerima watikah pelantikan diplomat ke luar negara daripada Yang di-Pertuan Agong esok.

Portal Free Malaysia Today (FMT) memetik sumber sebagai berkata, kerajaan ‘berubah hati’ mengenai pelantikan Tajuddin.

Namun begitu, portal The Malaysian Insight yang memetik sumber rapat dengan Pejabat Perdana Menteri pula berkata, pelantikan itu ‘masih di landasan betul’ dan ia hanya melibatkan penangguhan pemberian surat watikah.

Usaha Getaran untuk mendapatkan sendiri kepastian daripada Ahli Parlimen Pasir Salak itu dan Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berhubung perkara berkenaan tidak berjaya, apabila kedua-dua mereka enggan membalas pesanan atau menjawab panggilan telefon yang dibuat, sebentar tadi. 

Namun begitu, ketika dihubungi FMT, Tajuddin enggan mengulas lanjut dan meminta portal berita terbabit merujuk isu itu kepada Wisma Putra.

“Tiada komen. Tanyalah Kementerian Luar ke, tanya Perdana Menteri ke, saya mana tahu,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Tajuddin sebelum ini mendapat perhatian umum apabila digugurkan daripada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Pengguguran berkenaan menurut Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, adalah disebabkan sikap beliau yang mengkritik parti.

Ahmad Zahid berkata, kritikan itu dibuat menerusi kenyataan, ucapan dan ceramah dalam beberapa mesyuarat tertutup yang dihadirinya.

Tajuddin selepas itu telah membuat pendedahan mengejutkan pada sidang media, apabila mengesahkan beliau adalah saksi kepada akuan bersumpah (SD) yang ditandatangani tahun lalu, bagi menyatakan sokongan untuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik sebagai Perdana Menteri.  - Getaran, 11 Julai 2022

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi