web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Aliran Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 5:24PM

Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menghala ke ibu negara bergerak perlahan. - Gambar dari Twitter LLM Trafik

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aliran trafik di beberapa lebuh raya dan jalan utama menghala masuk ke ibu negara bergerak perlahan berikutan orang ramai pulang dari kampung selepas bercuti sempena sambutan Aidiladha.

Tinjauan di Twitter Lembaga Lebuhraya Malaysia setakat 4.45 petang ini mendapati aliran trafik tinggi dan perlahan sejauh 25 kilometer (km) di persimpangan Karak ke Lentang dan Batu 12 ke Plaza Tol Gombak sejauh 8.8km.

Selain itu, trafik juga dilaporkan perlahan di Pedas Linggi ke persimpangan Port Dickson; Simpang Ampat ke Pedas Linggi; Restoran Jejantas Ayer Keroh ke Simpang Ampat; serta kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Pagoh ke Bukit Gambir.

Trafik juga dilaporkan perlahan sejauh 1.8 km sebelum terowong Menora ke arah selatan, Permatang Pauh ke Perai dan Kuala Kangsar ke R&R Sungai Perak.

LLM menasihati pengguna jalan raya terutama di bahagian timur agar mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan sama ada perjalanan keluar atau kembali ke Lembah Klang sempena cuti perayaan ini.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/LLMinfotrafik. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek