web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID: Sabah Rekod 2 Lagi Kluster Baharu Di Tawau

Semasa Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Mar 2021 8:09AM

Dua kluster baharu dikesan di Sabah adalah Semarak dan Ranggu.- Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sabah merekodkan dua lagi kluster baharu COVID-19, masing-amasing membabitkan kes indeks calon penjawat awam dan jurujual alat komunikasi di Tawau, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.

Masidi, yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19, berkata kluster baharu itu ialah Kluster Semarak dan Kluster Ranggu dengan masing-masing merekodkan enam dan lapan kes yang membabitkan saringan kontak rapat dalam kalangan rakan serumah.

“Kluster Semarak membabitkan kes indeks seorang calon penjawat awam yang disahkan positif melalui saringan di klinik swasta sebelum mendaftar masuk ke pusat latihan di Kota Kinabalu. Saringan kontak rapat mendapati lima lagi kes positif dalam kalangan rakan serumah, namun, punca jangkitan masih dijalankan.

“Kluster Ranggu pula dikesan pada 26 Mac apabila kes indeks iaitu jurujual alat komunikasi menjalani saringan bergejala di sebuah klinik. Hasil saringan kontak rapat, tujuh lagi kes positif termasuk rakan serumah dan teman lelaki direkodkan.

“Berdasarkan penelitian kes, jangkitan dipercayai berpunca daripada keluarga kes indeks yang menghadiri kenduri arwah di Taman Semarak pada 20 Mac dan Majlis Graduasi pada 24 Mac. Pengesanan kontak rapat sedang giat dijalankan,” katanya dalam kenyataan, malam ini.

Masidi berkata Sabah pada Selasa merekodkan sebanyak 41 kes baharu COVID-19, menjadikan jumlah kumulatif wabak itu di negeri itu sebanyak 54,698 kes, manakala pesakit sembuh dibenarkan keluar hospital pula seramai 82 orang, menjadikan jumlah kumulatif 53,891 orang.

Tawau merekodkan 23 kes baharu hari ini dan merupakan antara empat daerah yang masih berada dalam zon merah selain Kota Belud, Kota Kinabalu dan Keningau, katanya. - Bernama

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: Mampukah Pengaruh Individu Di Jeram Padang Atasi Kekuatan Parti?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Menjijikkan, Datuk 79 Tahun Rogol Cucu Bawah Umur

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

oleh Sophia Ahmad