Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sudah Tiba Masa Sistem ‘Saya Suka, Saya Bagi’ Diamal TH, Dirombak

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2022 7:00AM

Tabung Haji (TH) disyor lebih terbuka memilih agensi pelancongan yang belum menjadi Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) setiap tahun - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bagi mengelakkan insiden jemaah haji terkandas ekoran masalah visa Furada berulang, Tabung Haji (TH) disyor lebih terbuka memilih agensi pelancongan yang belum menjadi Perkhidmatan Pengelola Jemaah Haji (PJH) setiap tahun.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham berkata, sudah tiba masa sistem ‘Kartel TH’ yang diamalkan TH dirombak tanpa birokrasi, iaitu ‘saya suka, saya bagi’.

“Langkah itu bagi memberi peluang kepada agensi pelancongan lain, menjadi PJH dan tidak hanya tertumpu kepada PJH sedia ada saban tahun.

“PAPUH mengesyorkan setiap agensi pelancongan yang menjadi PJH mesti diulang ganti setiap dua tahun,” katanya.

Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham - Gambar Fail
Presiden Persatuan Agensi Pelancongan Umrah & Haji Malaysia (PAPUH), Datuk Seri Razali Mohd Sham - Gambar Fail

Beliau berkata, TH perlu lebih peka dengan insiden jemaah haji yang terjadi setiap tahun.

“Apakah tindakan mereka (TH) bagi membanteras permasalahan ini?” soalnya.

Razali berkata, PAPUH juga menyambut baik tindakan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) yang mengambil tindakan berhubung penipuan di bawah undang-undang Akta Industri Pelancongan 1992.

Katanya, tindakan itu adalah wajar kerana pengurusan mengerjakan haji bukan terletak di bawah kuasa MOTAC.

Pada masa sama, beliau berkata, PAPUH amat kesal dengan tindakan agensi pelancongan yang tidak bertanggungjawab mempromosikan pakej haji furada kepada orang ramai dengan menjanjikan ‘bulan dan bintang’, sehingga di saat akhir.

“Sebagai persatuan bertanggungjawab di atas urusan umrah dan haji, PAPUH melihat insiden ini amat serius kerana ia melibatkan jutaan ringgit orang awam,” katanya.

Menurut Razali, rekod visa haji jemputan dikeluarkan Kedutaan Arab Saudi kepada orang yang berkepentingan kepada pihaknya.

“Ini bermakna ia tidaklah semudah bagi siapa saja yang ingin memohon visa haji jemputan ini, kecuali mereka yang berkepentingan.

“Visa haji jemputan ini adalah hak mutlak Kedutaan Arab Saudi dan ia tiada kaitan dengan TH,” katanya.

Permohonan visa haji jemputan, jelasnya, membabitkan lima prosedur yang bermula dengan mendapat surat kelulusan visa itu dari Kedutaan Arab.

“Kemudian, menghantar passport jemaah ke Kedutaan Arab Saudi bersama surat kelulusan. Selepas itu, membeli pakej haji dan membuat bayaran melalui portal Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

“Prosedur seterusnya adalah visa haji jemputan (Visa Mujamalah) dikeluarkan secara digital yang dicetak, sebelum bakal jemaah haji berlepas bagi mengerjakan ibadah,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, sepatutnya agensi pelancongan tersebut boleh memulangkan wang bayaran kepada jemaah yang mendapatkan perkhidmatan syarikatnya, jika ia tidak mempunyai sebarang surat kelulusan dari Kedutaan Arab Saudi.

Situasi itu, katanya, tidak akan mencetuskan kekecohan sekiranya agensi pelancongan tersebut bertindak lebih awal dan tidak menunggu sehingga saat akhir.

Jelasnya, PAPUH melihat punca utama keadaan bakal jemaah terkandas itu adalah pengaruh daripada iklan promosi dengan harga pakej ditawarkan.

“Sepatutnya jemaah haji tidak perlu membayar keseluruhan kos pakej, sebaliknya hanya perlu membayar sedikit wang pendahuluan, manakala bayaran penuh boleh dibuat sekiranya mereka mendapat visa Furada,” katanya.

Mengulas lanjut, Razali berkata, pengurusan syarikat yang tidak dapat mengurus permasalahan jemaah dengan baik juga menjadi faktor penyumbang kepada insiden tersebut.

Tegasnya, bagi tahun ini, visa jemputan tidak menggunakan Visa Furada (visa sahaja) seperti tahun sebelumnya, sebaliknya digantikan dengan Visa Mujamalah (visa termasuk pakej pengurusan dan penginapan) yang lebih efektif dan mudah.

“Disebabkan pandemik COVID-19, kerajaan Arab Saudi mengehadkan jumlah kemasukan jemaah haji pada tahun ini adalah satu juta orang dari seluruh dunia.

“Ini bermakna pengeluaran visa jemputan haji juga dihadkan tidak seperti tahun sebelum COVID-19 melanda dunia,” katanya. – Getaran, 11 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Jom Jalan-Jalan Di Pantai Khobar, Arab Saudi

2

Semasa 2 bulan yang lalu

MEKAR Diaspora JPN Di Arab Saudi Kendali 240 Perkhidmatan Untuk Rakyat Malaysia

3

2 bulan yang lalu

Dividen Tabung Haji Bakal Diumum April Ini - Mohd Naim

4

Sukan 2 bulan yang lalu

Penalti 4 - 2 Bantu Korea Selatan Singkir Arab Saudi

Sorotan

1

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

2

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

3

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

4

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

5

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

6

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Lemas Ketika Bercuti Di Air Terjun Sekayu

Semasa 8 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Hafizul Hawari Tak Mengaku Salah Cuba Bunuh Isteri

Semasa 2 jam yang lalu

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter : Laporan Awal, Penuh Diserah Dalam Tempoh 14, 30 Hari Bekerja 

oleh Wartawan Getaran