Berita Terkini

6 jam yang lalu: Iskandar Malaysia catat pelaburan komited terkumpul bernilai RM368 bilion 6 jam yang lalu: Tiada kompromi terhadap pihak beri rawatan gigi tanpa doktor bertauliah - Khairy 6 jam yang lalu: Pemulihan bekalan air di Kuantan capai 50 peratus - PAIP 6 jam yang lalu: KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling 8 jam yang lalu: Timbalan Perdana Menteri Qatar adakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula Khamis

IKUTI KAMI


Simptom Depresi Lelaki, Wanita Berbeza, Pesakit Diminta Segera Jumpa Doktor Pakar

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 8:14PM

Gambar hiasan Pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kejadian seorang wanita dan bayinya berusia dua bulan maut dikelar suami sendiri baru-baru ini, negara digemparkan dengan tragedi menyayat hati membabitkan seorang ibu maut ditikam anak sulungnya.

Dalam insiden di Kampung Paya Luboh di Melaka itu, suspek yang juga seorang penganggur bertindak menikam ibunya selepas mendakwa terdengar bisikan halus memberitahu mangsa menyembah berhala.

Insiden tersebut turut mendapat perhatian seorang Ahli Terapi Carakerja atau Occupational Therapist (OT), Maryam Jamadi yang mendedahkan pesakit yang mempunyai masalah depresi (kemurungan) teruk perlu dirujuk segera kepada doktor pakar psikiatri atau pakar psikologi klinikal.

Katanya, masalah tersebut amat berbahaya kerana pesakit berisiko tinggi melakukan sesuatu di luar akal fikiran waras.

“Menurut National Alliance on Mental Illness (NAMI), anggaran 20 peratus pesakit yang mengalami kemurungan teruk ada simptom psikosis.

“Sangat bahaya sebab perasaan sedih dan rasa tidak berguna serta tiada harapan untuk hidup, kemudian ditambah dengan dengar atau lihat ‘sesuatu’.

“Risiko membunuh diri atau mencederakan orang lain tinggi,” katanya menerusi perkongsian di Facebook.

Bagaimanapun, beliau kecewa dengan sikap masyarakat yang terus melabel ahli keluarga atau kenalan yang memberitahu mereka ternampak atau terdengar bisikan halus, hanya kerana diganggu makhluk halus.

“Terus jumpa bomoh atau pawang untuk berubat kampung. Tidak pernah cuba bawa berubat dengan doktor pakar.

“Saya tidak menafikan kewujudan makhluk halus atau jin, tetapi seeloknya cuba rujuk doktor pakar juga,” katanya.

Menurut beliau, pesakit berkemungkinan mempunyai masalah psikiatri, bukan hanya disebabkan gangguan makhluk halus semata-mata.

Jelasnya, simptom psikosis bukan sahaja boleh ditunjukkan pesakit depresi, malah pesakit schizophrenia atau bipolar disorder.

“Sebab itu penting untuk rujuk kepada doktor pakar psikiatri atau klinikal psikologis jika anda atau ahli keluarga ada simptom ternampak atau terdengar ‘sesuatu’, supaya doktor boleh lakukan diagnosis tepat mengikut masalah dihadapi,” katanya.

Tegas beliau, kemurungan atau psikosis boleh disembuhkan menggunakan bantuan ubat dan terapi.

“Ada ubat anti-depression dan anti-psychotic, ditambah dengan terapi dan kaunseling, Insya-Allah ada peluang (sembuh), justeru pesakit tidak boleh tangguh-tangguh atau malu untuk dapatkan rawatan,” katanya.

Menurut beliau, selagi tidak ada ‘insight’ (pemahaman dan penerimaan) terhadap penyakit dihadapi, selagi itu susah untuk pesakit melawan masalah mental.

Ramai individu, katanya menganggap depresi hanya boleh dialami mereka yang berdepan banyak masalah, tetapi mereka tidak tahu ia adalah penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat,” katanya.

Pada masa sama, Maryam berkata, simptom depresi bagi pesakit lelaki dan wanita adalah berbeza.

Katanya, semasa bertemu doktor, lelaki akan memberitahu mereka mempunyai masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dan lain-lain), manakala wanita memaklumkan mengenai masalah emosi dihadapi.

Justeru, beliau berkata, pendekatan berbeza diperlukan untuk membantu masalah depresi antara lelaki dan wanita, terutama membabitkan lelaki yang susah untuk mendalami masalah emosi, jadi penting untuk mereka mengenal pasti simptom dahulu.

“Lelaki juga sukar mengakui dan kenal pasti mereka ada masalah depresi. Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki, dua kali ganda daripada wanita,” katanya.

Beliau berkata, pelbagai teknik dan cara boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik, tetapi perkhidmatan itu banyak ditawarkan di hospital kerajaan setakat ini.

“Tidak meluas di swasta mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.

“Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit memerlukan,” katanya.

Perkongsian tersebut menjadi tular di Facebook dan ada dalam kalangan netizen berkongsi pengalaman mereka mengalami kemurungan teruk di ruangan komen.

“Saya didiagnosis ‘as a manic depression’. Saya minta terutama lelaki, jangan malu, jangan segan terus ke psikiatri kerajaan. Insya-Allah mereka dapat membantu. Dan yang penting, cakap terus terang,” kata seorang pengguna, Farid. - Getaran, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Refleksi 2 bulan yang lalu

Tangani Krisis Pertengahan Usia  

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Suspek Tetak Mati Bayi Alami Kemurungan

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Jangan Anggap Pelajar Alami Kemurungan ‘Gila’, Kurang Iman

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Lelaki Kemurungan Terdengar Bisikan Hilangkan Diri Dari Rumah

Sorotan

1

Kadar Sewa Di Premis Kerajaan Diarah Turun 10-20 Peratus

2

Peguam Tak Sihat, Rayuan Najib Untuk Dapatkan Dokumen Ditangguh

3

Rasai Pengalaman Jadi 'Pak Tani' Di MAHA 2022

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

RUU Anti Lompat Parti Bukti Ahli Parlimen 'Cemari' Mandat Rakyat

oleh Aiman Sadiq

Semasa 1 hari yang lalu

Artikel BM Ayman Rashdan Tarik Minat Rakyat Malaysia Dalami Isu Antarabangsa

Semasa 11 jam yang lalu

Tindakan Pada Mak Nyah Belum Diputuskan, Bincang Dahulu Dengan MB - Exco

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 21 jam yang lalu

Hanya Hukuman Tegas Mampu ‘Ajar’ Pembuli Siber Supaya Beradab

oleh Sofian Baharom