web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Hina Islam: Kami Terkejut, Kata Pengasas Bersama Crackhouse

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2022 5:09PM

Rizal Van Geyzel - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengasas Bersama Kelab Komedi Crackhouse, Rizal Van Geyzel mengakui, pasukannya pada awal sangat teruja melihat seorang wanita Melayu bertudung ingin menyertai acara komedi berdiri (stand up comedy) di kelab tersebut.

Ini kerana bukan selalu peserta seperti itu menyertai malam 'open mic' di premis berkenaan.  

Pada ketika itu, beliau menjelaskan, mereka langsung tidak tahu bahawa malam tersebut bakal menjadi satu mimpi ngeri sehingga menyebabkan lesen operasi kelab terbabit digantung sementara oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

"Selepas beberapa saat melakukan persembahan, dia mula membuka tudung dan lain-lain, semua staf dan pelawak yang hadir amat terkejut dan tergamam.

"Sebelum sebarang tindakan boleh diambil (biasanya dengan bunyi loceng atau mematikan mikrofon), dia meninggalkan pentas. Kami semua hanya terkedu," katanya kepada The Vibes.

Semalam, Getaran melaporkan penularan sebuah video di aplikasi TikTok, yang memaparkan seorang wanita berpakaian sopan dan bertudung memperkenalkan diri kepada penonton ketika membuat persembahan acara ‘stand up comedy’, dipercayai berlangsung di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Bagaimanapun, selepas memberitahu dirinya seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk dalam Al-Quran, wanita tersebut membuka baju, kain serta tudungnya.

Dengan berpakaian seksi wanita tersebut kemudiannya mengeluarkan kata-kata tidak sopan sambil menyapa penonton yang kemudiannya bersorak melihat adegan tersebut.

Susulan insiden, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) menjalankan siasatan kerana tindakan wanita terbabit disifatkan sebagai satu penghinaan terhadap Islam.

Pengarahnya, Datuk Mohd Ajib Ismail berkata, siasatan dilakukan mengikut Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 dan Seksyen 7, iaitu menghina Islam atau menyebabkan agama itu dipandang hina.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Idris Ahmad berkata, pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam isu penghinaan terhadap Islam.

Mengulas lanjut, Rizal yang juga seorang pelawak komedi berdiri menambah, wanita terbabit bukanlah pelanggan tetap di kelab tersebut dan tidak dikenali oleh pasukannya.

Walau bagaimanapun, beliau menjelaskan, menerusi acara 'open mic' yang membenarkan individu tidak dikenali membuat persembahan, bakat-bakat baharu dapat dijumpai.

"Kita membenarkan mereka yang tidak dikenali pada malam 'open mic'. Kami, bagaimanapun, memastikan orang baharu ini tahu bahawa mereka tidak dibenarkan menghina raja dan agama," katanya.

Selepas ini, beliau berkata, pihaknya akan lebih berhati-hati dan bakal melatih pasukannya untuk bertindak terhadap 'pelawak baharu yang menyimpang' pada malam open mic.

Tambahnya, individu yang menghina mana-mana agama akan dibawa turun dari pentas atau dimatikan mikrofon serta-merta.

"Malam open mic perlu kekal organik. Jika tidak, tiada apa yang 'terbuka' pada malam ini," katanya.

Sejak berlakunya insiden tersebut, Kelab Komedi Crackhouse telah membuat laporan polis di Stesen Polis Taman Tun Dr Ismail ke atas wanita terbabit.

Beliau menambah, wanita tersebut dan pasangannya telah pun disenarai hitam serta merta daripada premis mereka selepas persembahan berkenaan. - The Vibes, 10 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

Langgar Syarat Berpakaian, Wanita Tak Puas Hati Dihalang Masuk Hospital

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Penubuhan Institusi Pendidikan Islam Perlu Ikut Prosedur – Tengku Mahkota Pahang

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

4

Semasa 2 tahun yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan